teratak sufie

My photo
I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

21 April 2011

AWAS! Entry teramat sangat2 EXTREME!

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Pertama-tamanya patik memohon maaf atas kelewatan patik untuk meng'update' blog patik ni. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakan ye. Jangan la kalian merajuk bermuram durja. Sesungguhnya ke'busy'an yang melanda diluar jangkaan patik. Lebih2 lagi ketidak kesihatan yang kemelandaan patik. Huk,huk.
T_____T

Alhamdulillah nikmat itu Allah berikan ketika aku sedang masih dalam minggu study. Bukannya ketika dimana aku sedang menghadapi peperiksaan. Terima qaseh Ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Sekarang ni tengah menyiapkan Individual Mini Project Gas Storage and Reticulation. Due date 29 April 2011. Pergh~ ~ ~ Ade beberapa hari lagi. Dah macam kerja syarikat LPG/LNG piping plak aku rasa. Abah~ Mama~ Doakan Memeng. Rindu~ ~ ~

Pukul dinasor 3.30 petang semalam aku g pusat kokurikulum cekolah. Hantar report camping Trekking. (Uih! Dasya...t. Jadi setiausaha~) Hep! Menyampuk je incik blog ni. Jangan cube hendak memalukan I kat sini okey~ ~ ~ Aku g hantar report camping Trekking sebab memang wajib buat okey~ ~ ~ Menyumbang 10% kepada carry mark untuk subjek kokurikulum aku okey~ ~ ~ Report by group okey~ ~ ~ (Banyaknya okey~ ~ ~) Ape2 la incik blog. Eh! Baru perasan. Lama incik blog tak penyampuk kat entry2 aku. Weee~

Pas tu aku jumpa PA. (Cang'geh beb! Dah ada PA~ ~ ~ Biar betik?) Amboi~ ~ ~ Mentang2 la lama tak menyakat aku. Ade je modal die nak kutuk aku. Haish! Ehem! 
[Letak tangan ke dada dan pandang ke atas] Tau la ko rindu kat aku~ ~ ~ Betik la. Aku memang la ada PA. Baguskan cekolah aku. Setiap murid2 dalam cekolah aku ada PA. Hah~ ~ ~ Cang'geh tak cang'geh! 

Aku g jumpa PA sebab... Sebab aku nak ambik slip peperiksaan. Kalau takde slip peperiksaan tak boleh masuk dewan peperiksaan. Penting tu penting. Betul, betul, betul. Penting, penting, penting. Weee~ PA tu singkatan kepada penasihat akademik. Selain menjadi lecturer, cikgu kat cekolah aku bertindakbalas kimia sebagai penasihat akademik. Menguruskan hal ehwal rumahtangga pelajaran murid2 nya.

Eh! Apekah ini? Inilah banner group Trekking. Ketua kelas Trekking yang buat.
Inilah beliau yang dimaksudkan. Merangkap Pengarah kepada group Trekking ni. Nama beliau Razali.

Hari tu aku ade cite kan pasal aku g camping Trekking kat Gunung Arong? Hah! Ni aku nak cite pengalaman aku kat korang semua~ ~ ~ Sape2 yang blur2 tu boleh la buat rujukan entry aku ni |Link|. Aktiviti ni menyumbang 40% carry mark untuk subjek kokurikulum aku sem ni. Fitness test pula 10%. 

Malam tu bas datang lambat. So bertolak pukul gergasi 9.30 malam dan sampai Hutan Lipur Gunung Arong, Mersing, Johor pukul memukul 1.30 pagi. Tempat dimana kami menyewa hotel berkhemah. Pasang khemah pas tu tido. Kroih, kroih, kroih [Pinjam ayat |Zoey|. Kawan blog aku. ].

Cite pasal khemah. Kami guna frame tent. Ni pixa tym hari dah cerah.
Hah~ ~ ~ Cucu2 nak tau, ni la khemah nenek. Kaler biru plus kelabu asap gitu. Naseb beik takde kaler purple ungu plus pink merah jambu. Nenek dulu yang rembat. Haha! [Gelak penjahat].

Khemah ni muat 4 orang tapi cikgu pengiring, Encik Abdul Rahman Ahmad suruh kongsi 5 orang (Pergh~ Full name). [Sambil jeling incik blog, aku meneruskan frekuensi istiqamah jari jemari mengetik incik lappy] Takut khemah tak cukup. Alhamdulillah, khemah masih cukup. Kalau tak silap berbaki 2 atau 3 lagi.

Nak dijadikan cite, 11 orang perempuan daripada 14 orang perempuan. Sebab diorang ade test hari sabtu. Khemah 1 dah cukup 5 orang. Khemah 2 ade 4 orang. Aku dengan kawan aku,
Izzie name die pun ambik khemah yang ketiga. So kami berdua je la dalam khemah tu. Bahagianya idop. Haha! [Gelak penjahat lagi].

(Bahagia ker~~~? Ce korang baca sampai habis. Bahagia ke tak nenek ni dengan khemah die?). [Sambil siku incik blog]  Incik blog~ ~ ~  Sila jangan buat kontroversi okey~ ~ ~ Tapi yang tak bestnya khemah tu penuh pasir pantai. Sabor~ ~ ~ je la! Orang yang sebelum ni camping kat tepi pantai kot. Haish! Dah la sampai  pagi2 buta. Gelap. Sapu je la pasir2 tu ke 1 sudut khemah.

Seterusnya pukul monster 9.30 pagi kami memulakan perjalanan ke kaki Gunung Arong. Bukan kami yang berjalan. Tapi tayar lori yang berputar menghantar kami ke kaki gunung tu.

Cang'geh lori tu. Pakcik tu sampai boleh bawa masuk lori dalam hutan. Haish! Kesian kami yang kat belakang. Jadi mangsa ranting2 pokok. Sabor~ ~ ~ je la. Naseb beik lori tu ada bumbung. Ade bumbung tapi kat kiri, kanan, depan, belakang lapang. Mana tak nye, memang jadi mangsa ranting2 tu la. Adoi~ ~ ~ Extreme tak, extreme. Pakcik tu pon bawa lori rock yang teramat sangat2. Dah la makin die tekan minyak, makin laju tayar lori tu berputar.

Ni pula ranger Azlan tengah bagi penerangan sebelum mula ber'trekking'.

Penat ber'trekking', rehat kejap.

Semput nenek naik gunung ni. Tym naik gunung okey la juga jalan die. Permukaan muka bumi gunung yang agak senang untuk di daki. Tapi lutut ni pula memang letih.

Ranger Azlan banyak memperkenalkan kat kami jenis2 pokok yang tumbuh hidup meliar kat Gunung Arong ni.

Penat daki Gunung Arong dan atas kekuatan kaki nenek ni mendaki akhernya pukul belakang 10.25 pagi sampai la nenek kebayan dengan kawan2 kat puncak gunung Ledang ni. Penat~ ~ ~ Rasa berbaloi baloi bila dah sampai kat puncak.

Cantik pemandangan dari atas puncak gunung ni.
Haha! Jangan jelez tau~ ~ ~ Weee~ ~ ~

Stay kat puncak dalam setengah jam macam tu. Pas tu turun plak. Hah! Turun ni 1 hal la plak. Makin turun, makin terketar2 kaki. Kena la plak kawal lutut nak turun. Kalau tak memang dah tergelongsor jatuh. Kalau jatuh tergelongsor takpe lagi. Kalau jatuh bergolek2, tak ke nanti jadi macam bowling. Kalau orang belakang yang jatuh bergolek, memang menang strike la jawapnya. Jatuh semua pin orang2 kat depan. Sungguh tragis lagi extreme.

Aduhai lutut. Tolong la bertahan. Nenek dah parkinson dah hai~ ~ ~ [Nenek men hentam je penyakit orang tua tu. Haha! Kalau salah, i'm sorry~ ~ ~].

Ade pulak dah la nak kene berpijak di bumi yang nyata kat sipi2 batu besar, siap sambil kene peluk batu extreme besar tu plak. Extreme tak, extreme.  

Tym dah sampai kat kaki gunung, alangkah seronok nye nenek. Sebab dah samapai kat kaki gunung. Ku sangka panas hingga ke petang, rupe nye hujan di tengahari. Keseronokan itu hanya berkadar sementara kerana perjalan diteruskan menyusuri pantai. 

Mesti dalam kepala korang membayangkan pantai yang dipenuhi pasir pantai yang memutih. Yelah tu! Ni nenek kene jalan atas batu2 pantai. Macam2 saiz batu ada. Tapi semue nye saiz2 giant. Extreme punya saiz. Dah la jarak2 batu tu. Kene la melompat. Nenek sampai jatuh tersungkur ke bumi kat atas batu tu O_o . Sakit kepala lutut nenek. Luka plak tu. 

Sampai kat muara sungai, air laut dah pasang tym tu. Nak kene seberang la plak. Lori yang angkut kami tadi ada kat seberang.  Nenek confident je menyeberangi muara sungai tu. Tup2 sampai kat tengah2 air dah sampai dada. Nenek tak pandai berenang~ ~ ~

T_____T
Nenek takut~ ~ ~ (Kalau korang nak tahu, nenek ni berpengalaman lemas kat Sungai Lembing, Pahang kalau korang semua nak tahu. Tragis betul. Dah la hari tu nenek ni birthday. Sebelum lemas, nenek kene sengat tebuan juga pada hari yang sama. Memang tragis. Extreme tak, extreme. ) Incik blog! Jangan tiru ayat nenek. Ish! Ingat kan dah tido tadi. Lama diam. Tak muncul2. Tym ni juga die muncul.

Fuh! Nasib baek kawan2 nenek pimpin tangan nenek. Kalau tak, nenek lemas lagi la jawap nye. Hukhuk. Sadis betul la. Extreme tak, exreme.

Sampai kat tapak khemah kol 12. 30 pm.

Malam tu kami wat BBQ. Weee~ ~ ~ Suke sangat~ ~ ~ 

Amboi Fayad~ ~ ~ Siap possing nak hidupkan api untuk unggun api BBQ. Fayad ni foreigner student kat cekolah aku. Dari Yaman. Die ni pandai la juga cakap dan faham melayu sikit2. Selain die ada lagi tiga orang budak foreigner ahli group trekking ni. Dari Beijing.

Ni la dapur kami. Tempat kami memasak makan pagi, tengahari, petang dan malam. 

Tukang panggang yang tawaduk memanggang. Malam tu ada ayam, sosej dan udang panggang. Nyum2. Nasi goreng dan mee hoon goreng pun ada. Cang'geh beb, camping aku kali ni. Air sirap dan teh 'O' pembasah tekak.

Stop cite pasal  BBQ. Kami tido pukul giant 11.30 malam kalau aku tak silap. Malam tu hujan renyai2. Tiba2 tym 3.00 pagi buta macam tu aku dengan Izzie terjaga. Ade benda sejuk mengalir bawah khemah kami. Hujan lebat! Kami pon bangun la. Check2 mana la tau kot2 ada yang basah. Air hujan masuk.

Yah! Sangkaan ku benar belaka. Lantai khemah ada yang bocor. Kami pun alih la beg. Bila dah alih, tup2 kat tempat yang kami alih tu pon bocor. Haish! Tadi kering je. Dah basah la plak. Tengah duduk kat tengah2 khemah [sebab kat tengah2 tu je kering] tunggu hujan reda, aku sampai tersengguk2 tetido O_o . Tak tahan mata. Izzie ajak tido lantai khemah yang lembap tu. Sabor~ ~ ~ je la. Extreme tak, extreme.

Pagi tu hujan dah berhenti. Beg dah basah. Naseb beik hari tu kami balik. Kaki pula sakit. Kejang pasal trekking. Lutut luka. Huhu~ Sebelum balik, wat fitness test plak. Walaupun dalam kesakitan kaki, nenek lulus fitness test. Alhamdulillah~ Nenek dapat Level 5.1. Pempuan Level 5 dah dapat A dah Level 3 untuk lulus.
^_____^

12.30 tengahari bertolak dari Hutan Lipur Gunung Arong. Sampai UMP pukul 5.00 petang.

Selamat tinggal Hutan Lipur Gunung Arong. Selamat tinggal Gunung Ledang Arong.
Terima qaseh atas kenangan itu. Terima qaseh atas pengalaman itu.
Terima qaseh semua~ ~ ~

P/S: Mesti korang pelik kan. Apesal la banyak gambar lelaki dari pempuan dalam entry aku ni. Nak buat macam mana. Group trekking ni ade 55 orang ahli. 41 orang lelaki. Semua g camping ni. 14 orang pempuan. 11 orang je yang g. 3 orang lagi ade test hari sabtu. Panjang tak, panjang entry aku kali ni. (Uih! Dasya~ ~ ~ t. Extreme tak, extreme. Uih! Extre~ ~ ~ me. Panjang extrem. ) Aik, kat sini pun incik blog ni ade. Eeeee~ ~ ~




Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

4 comments:

  1. u mangai panjang nye...kalo bab mendaki ni...best bace...ha cube bace ni lak..

    http://zippomiller.blogspot.com/2011/04/pendakian-gunung-datuk-yang-indah.html

    ReplyDelete
  2. @zippo miller
    amboi~ laju je die.
    laju2 saya datang blog kamu untuk baca.

    ReplyDelete
  3. @zoey
    ha'ah,best.laju je hbs bnda2 bbq tu.nasi goreng dan mee hoon jg yang x hbs.

    ReplyDelete

Karang dengan minda, jatuh ke hati hingga mengalir di jarimu.
Tulis cantik2 dan share la dengan SY k. ^^