teratak sufie

My photo
I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

27 September 2011

euwww~ lelaki tu pakai...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~


Hai semua~

A'ha~ Hari ni hari selasa. Kejap lagi pukul monster 2.00 petang, SY ade kelas Process and Plant Design 1.

Macam biasa hari selasa SY jadi purplelcious atau pinkylicous. Macam biasa kite akan jadi anggur atau strawberry bergerak ye~~~ (Letak tangan ke dada dan pandang ke atas).

Euwww~ geli I.

Geli??? Tak qesah la nak kata ape pon kan. Bukan nye SY ade kacau awak malah jaoh sekali ganggu idop awak.

Eh, ha'ah kan. Kalau pakai kaler tu kan buat kesalahan besar (Letak tangan ke dada dan pandang ke atas lagi).

Tu baru pempuan comel macam SY ni pakai kaler macam tu. Belum lagi lelaki yang pakai. Lagi2 kaler pink. Entah ape la yang awak cakap.

Urmmm~ Udah2 le mengata. Bukan polis nak tangkap pon kalau pakai kaler tu. Biau le nak pakai ape pon janji menutup aurat dan sopan. Ye dak. Jangan la nak menyekat hak asasi manusia. Hek! Apekah kaitan nye. Baik, mari la kite mengungkap apekah rahsia disebalik cerita tersebut. Makin kelaut budak ni. Layankan je la~ Karang small her heart. Broken kau Nah oi~

Mengata ni ape pekdah nye? Tak dapat ape pon kan.

SY tahu setiap orang punya pendapat yang berbeza-beza. Kite tak boleh la nak paksa orang suka apa yang kite suka dan paksa orang untuk tidak suke dengan ape yang kite tak suke. Tapi walau ape pon pendapat kita jangan la sampai mengata atau bahasa ringkas nya kutuk orang hanya kerana kite tak suke ape yang die suke atau tak suke. Eh berapa banyak suke tak suke da~ Ngeee~

Nak kaler kete macam ni. Kete tu???? Insya'Allah~
Bagi SY, lelaki yang pakai pink itu comel. Ek, apekah perasaan atau lebih saintifik nya cita rasa ini??? Pelik, pelik, pelik.

Alaaa~ Jangan la kutuk~ Pendapat kite kan berbeza. Bak kata bahasa perantaraan kita, rambut sama hitam, hati lain. Habis tu macam mana orang yang rambut memang ori kaler brown tu??? Errr~

Setakat ni yang SY jumpa, lelaki yang pakai pink itu bersifat pembersih, kemas dan... wangi~ ~ ~ Hoho~

Hari jumaat SY suke tengok lelaki pakai baju melayu kaler pink. Ngeee~ Amboi! Cuci mata ko Nah oi~ Ha'ah~ Cuci mata. Nak bersihkan mata. Biau sihat. Rabun kan. Encik V. Ramlee P. Ramlee sila jangan kecik hati. SY suka dan seronok tengok mereka. Bukan Tuan nye~

P/s: Ape pulak pendapat pembacaku sekalian?

P/s: Yea~ SV dah setuju dengan tajuk Projek and Plant Design group SY. Horey~ Horey~ Tajuk nya??? Tada~ PRODUCTION OF DIESEL FROM PLASTIC WASTED. Hehe~ Sape2 yang tahu pasal teknologi ni kongsi2 la dengan SY k. SY nak buat plant untuk teknologi tu. SY masih mencari maklumat. Lebih2 lagi journal yang berkaitan.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

21 September 2011

Somebody call 911!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Ini adelah tiada kaitan langsung dengan Sean Kingston.

Fire burning, fire burning on the dance floor.

Opsss! Ternyanyi sudah. Anda yang baca bukan nye membaca. Tapi sambil ternyanyi. Ter??? Haha!

Yang sebenarnya SY sedang speechless!

Sampai dalam hati SY berkata, adekah this is the end of my life???

Ceh! Keluar ayat orang puteh plak minah ni kan.

Saat SY dapat berita tu, tak tahu nak buat aksi muke macam mana.

Tergamam. Terkelu.

Mahu rasanya masa ini diundur ke belakang. Kalau SY dapat, mesti semua orang pun mahu kan? Ape la. Pelik nau bunyik nye permintaan kau ni Nah oi~ ~ ~ Tak penah orang lain dapat. Kau pulok yang nak.

Kenapa ini terjadi pada diri SY? Urmmm~ Susah nya nak terima kenyataan ni.

Kalau la ia nya boleh diselesaikan semuanya sesenang dan semudah membaca ABC tau mengira 123 kan bagus.

PD???

 SY terima kehadiran PD dalam hidup ini dengan hati yang terbuka. Ikhlas menerima PD. Ini semua adalah kerana SY tahu dengan mengenali PD dan berkongsi hidup dengan PD, SY dapat belajar banyak benda. Bukan setakat ilmu malah nilai2 berdepan dan melayani kerenah orang. Tapi kenapa SV tu???

Adekah anda yang membaca menjadi emosi sama. Jangan sampai mental plak owh'key. Permintaan terhangat SY ialah sila berhentikan emosi anda sekarang juga.

Takyah nak poning2 kepala mencari siapakah PD itu. Tapi cari la apekah itu PD. Owh, kejam nya SY. Macam barang plak PD. Owh'key, SY tipu.

Marilah. SY nak perkenalkan PD pada anda semua.

Process and Plant Design. Itulah nama panjang PD. Ini la subjek yang akan ditatang bagai minyak yang penuh oleh pelajar2 tahun akhir Kejuruteraan Kimia.

Kenapa? Sebab siang malam asyik berfikir pasal PD je. Segala ilmu dari pertama kali menjejak kan kaki ke universiti akan dicurahkan dalam PD. 

Group dah dibahagikan. Lecturer yang pilih. SV atau nama sebenar Supervisor juga telah di beri. Hati berdebar2. Saat mengetahui siapa SV untuk group, SY agak kecewa.

Namun, takpe. Setiap masalah ada penyelesaian nya. Betul tak? Sila jawap 'ye' owh'key! Kalau tidak SY malas kawan. Hoho~ Owh'key. SY gurau cuma.

Terima dengan hati yang terbuka. Kita mesti positip. Bila fikir benda positip, secara automatik semua sel2 dalam badan juga positip. Bila positip, minda nak terima ilmu pon senang.

SY percaya, Allah tak berikan apa yang kita mahu. Tapi Allah berikan apa yang kita perlu. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan berprasangka buruk terhadap Allah. Apa yang kita mahu belum tentu dapat memberi yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Sekarang ni tajuk masih lagi dalam pencarian. Sape2 yang ade idea boleh la sumbangkan. Sebagai guide, SY murid Kejuruteraan Kimia dengan Teknologi Gas. PD ni pasal buat plant. Bukan research. Research SY dah lepas dah. Alhamdulillah~ 

Sekarang ni SY dah dapat ini:
*production of fuel gas from waste plastic.
*production of bio-gas from sludge.
*production of methane from waste .... (Juga masih mencari. Kalau boleh hampas tumbuhan. Group2 sebelum ni ada yang buat hampas tebu, sawit, padi. Urea haiwan pon dah ade. Any idea???)
*propose tajuk lain kat SY

Esok dah nak jumpa group member. Nak pilih tajuk. Ermmm~









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

17 September 2011

pertama kali aku cakap pasal kau dalam blog AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera~


Bertemu lagi kita di dalam bulan yang mulia ini dalam rancangan yang tidak asing lagi pada korang.

Ala~ mesti la dalam blog SY ni juga.

Haha~ Okey! SY gurau.

Malam tadi rasa rindu nk tekan page nuffnang. Jangan kata anda2 tak tahu plak ape itu nuffnang.

Ape??? Tak tahu juga. Okey la. Nuffnang adelah sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan2 yang segar dari ladang dan bugar dari lautan dalam. Hahahaaha~ Okey! SY tipu.

Mari la bersama2 kite bako je blog ni. Baru padan dengan muke tuan blog yang comel ni.

Alahai! Puji diri sendiri comel plak tu.

Owh~ Jangan2. Nanti SY nanges 7 hari 7 malam. Dah la budak ni jaoh dari family die. Kesian~

SY bergurau cuma. Sila jangan marah. Bergurau itu kan mengeratkan silaturahim antara kita. Betol tak? Sape setuju sila jangan angkat tangan macam awok.

Berbalik kepada topik asal perbincangan kite pada hari ini.

Ya, nuffnang!

Syukur alhamdulillah~ Nuffnang bagi BE kat SY. Suke2. Terima qaseh nuffnang. Mau tak terkejut SY malam tadi. Tak sangka blog !little lady purplepink! milik SY ni dah ada 6 kempen.


Bagi blogger yang baru bertapak macam SY ni memang akan rasa exited sangat2. Tak qesah la orang nak kata jakun ke apa ke kan. As long as I'm happy dan tak ganggu hidop orang lain. Walaupon tak banyak tapi sangat2 bersyukur.

Ape yang SY dapat ni hasil dari anda2 sekalian juga. Sebab ape? Kerana anda rajin datang menjengah ke sini. Maka dengan itu jumlah pengunjung juga bertambah. SY harap, jangan la serik untuk singgah lagi k.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

14 September 2011

kepulangan yang MISTERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Sebelum ape2


SY dari pihak !little lady purplepink!

mengucapkan

Salam Kemenangan dan Salam Aidilfitri

Dengan rasa rendah diri, tangan dihulur, maaf dipinta.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Maaf, baru kali ini SY kembali ke pangkuan blog usang yang telah berabad lama ditinggalkan.

Sebenar nya tak la misteri sangat pon. Misteri kejap je.

Owh'hohohoho~

Opsss~ Terlebih sudah.

Bukan hilang kerana sudah punya yang lain. Tetapi atas kesibukan yang tidak mengizin kan diri ini untuk menitipkan sesuatu buat tatapan kalian semua.

Sekarang SY sedang memulakan sesi pengkuliahan yang baru. Alhamdulillah~ Selamat sampai di bumi pahang ini sejak 10hb September.

Jangan serik singgah blog ni okey.

Peace no war.

P/s: Hek! Nape la wei (Sambil ikut tune makyong) ????? Nape UMP??? Nape? Nape??? Tadi okey je main The Sims Social kat mukabuku ni. Tup2. Sekarang ni bila nak main balik dah tak boleh. Atas, tepi2, mukabuku tu elok je keluor. Kat tengah2 tak keluor. Game tu tak keluor. Yang keluor tulisan. Tulisan yang paling d ingat, unable to determine ur IP address. Alahai~ Macam mana ni~ Hukhuk~ (Nenek ini ketagih dadah jenis game yang bernama The Sims Social. Sabor je la nengok nenek ni memberontak dan mendengar nenek ni merungut)









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni: