teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

28 June 2013

kerana hati mu teguh bersama Pencipta

Assalamualaikum dan salam penghulu hari

entah kenapa
bila sendirian mesti akan termenung akan perjalanan hidup
yang sejak akhir2 ni sangat menyedihkan
mesti automatik sebut
Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah Halazim
ikut melodi dalam zikir terapi diri by Hafiz Hamidun

hati mesti diruntun sayu
terima qaseh ya Allah
kau detik kan hati insan untuk merakam kan zikir seperti itu
agar lebih ramai bisa menfaatkan nya
lebih2 lagi orang seperti ku
terima qaseh ya Allah
dalam kesedihan aku memilih Mu
berbanding jalan pendek yang bisa merosak kan diri

owh my my~
bukan nak berjiwang ke hape
saja ambik mood penghayatan d hari jumaat ni kan
hehe

dalam melewati hari2 yang di lalui
cewah
saster agak bernada skema di situ ya
ada la satu hari tu
tengah layan fb
SY terbaca status seorang sahabat fb
SY tertanya2
hek! dia tahu ke pasal SY???
kazen dia cite kat dia ke???
alahai~
tu kan fb
berapa ramai kawan2 dia
kan2
tak payah nak over sangat macam untuk kau
tapi~
status dia sangat2 terkesan di hati SY
mungkin bukan untuk SY
tapi SY sangat2 terasa
pembetulan ye
bukan terasa yang kecik hati tu okey
terasa macam dia tujukan buat SY
sebab apa yang dia tulis sama dengan apa yang SY buat
hape la
perasan lagik

apa2 pun
terima qaseh ya Allah
kirimkan dia yang menulis tu
kata2 yang memberi kekuatan

kata nya macam ni

Awak...
ya, awak yang tengah baca ni
saya tahu, jauh di sudut hati awak
ada rahsia yang tersimpan
ada tangisan yang tersembunyi
ada harapan yang terlukis terang

Namun di situ
awak memilih untuk senyum
awak bertahan dalam diam
awak yakin dengan doa

Tapi saya percaya di sebaliknya..
awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti
awak menangis dihadapan-Nya yang jauh lebih memahami
awak serahkan hati awak sepenuhnya hanya untuk DIA

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya
kerana hatimu teguh bersama Pencipta…
. . . . . . . . . .



PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA, FREE PALASTINE