teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

30 October 2014

blog berHANTU!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan

dah kenapa macam ketua kampung merasmikan pertandingan kugiran peringkat Kampung Nun Jaoh Di Sana pulak ni???
motif???
hah~
kau cari la sendiri

hah!
sila jangan pukul atau nak cubit2 SY key...
tau la yang SY ni pemalas tahap gaban
tapi bukan malas sebenarnya
eh!
tak nak mengaku pula...

last entry SY bila???
JUNE 2013!!!
kira dah BERKURUN BERABAD NAMBLAS BULAN tak berhapdate
baik kuburkan saja blog ni
memang tahap ICU punya nyawa la blog ni

ayat command dalam blog pada permulaan entry bila dah lama d tinggalkan
antara calon2 nya ialah:-
1. berhabuk
2. bersawang
ada yang guna berkulat or bercendawan juga ke???
ok
masuk list

blog SY bukan setakat tu semua
ber H. A. N. T. U.
hah~
hebat tak???
hebat tak???
berpenunggu pula tu
kau hado???
ape da...
tu pon nak bangga ke???

dah kenapa berhantu???
kali ni SY jawap
tak suruh cari sendiri macam ayat pendahuluan tu
ngeee~

bayangkan...
dah lama ko biarkan tempat tu
mesti la usang jadi nya
semak samun
orang nak lalu pon takut
memang tak lalu la tempat tu

blog LITTLE LADY PURPLEPINK ni dah lama terbiar
trafic???
boleh tahan la juga
naseb tak jem kan
haha

agak terharu di situ
ada juga orang datang jenguk
terima kasih awak2 semua
terima kasih sangat2

kedenganran sayup2 suara EB (Encik Blog) kedengaran
ko ingat blog engko ni villa nabila ke???
villa tu pon fofular
kau mampu???

ade suara cicak la...
hahhahahahhahha
abaikan penjahat tu
padan muka kau EB
hoho

berbalik kepada perbincangan tadi
nak salahkan siapa blog tak berhapdate???
entah la labu... labi pon tak tahu

dulu study
sekarang dah keje
banyak yang berlaku dalam kesenyapan SY
boleh dikatakan senyap untuk membawa diri buat keketika
pergh! ayat...
macam tak caya pula SY yang cakap macam tu
hahahahhahahahahaha

kalau baca last entry
masa tu memang tengah jatuh tersungkur
rasa seperti jatuh dari langit yang paling tinggi

namun...
terlalu agung cinta hakiki
SY yang selalu lupa
alhamdulillah...
bila SY ingat semula
SY masih diterima
TERIMA KASIH YA ALLAH

maybe lepas ni akan ade update dalam blog ni
walaupun tak selalu macam dahulu kala
he he he he he
gelak pon dah macam misteri je bunyi nya
hahahahahahahha




PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA, FREE PALASTINE

28 June 2013

kerana hati mu teguh bersama Pencipta

Assalamualaikum dan salam penghulu hari

entah kenapa
bila sendirian mesti akan termenung akan perjalanan hidup
yang sejak akhir2 ni sangat menyedihkan
mesti automatik sebut
Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah Halazim
ikut melodi dalam zikir terapi diri by Hafiz Hamidun

hati mesti diruntun sayu
terima qaseh ya Allah
kau detik kan hati insan untuk merakam kan zikir seperti itu
agar lebih ramai bisa menfaatkan nya
lebih2 lagi orang seperti ku
terima qaseh ya Allah
dalam kesedihan aku memilih Mu
berbanding jalan pendek yang bisa merosak kan diri

owh my my~
bukan nak berjiwang ke hape
saja ambik mood penghayatan d hari jumaat ni kan
hehe

dalam melewati hari2 yang di lalui
cewah
saster agak bernada skema di situ ya
ada la satu hari tu
tengah layan fb
SY terbaca status seorang sahabat fb
SY tertanya2
hek! dia tahu ke pasal SY???
kazen dia cite kat dia ke???
alahai~
tu kan fb
berapa ramai kawan2 dia
kan2
tak payah nak over sangat macam untuk kau
tapi~
status dia sangat2 terkesan di hati SY
mungkin bukan untuk SY
tapi SY sangat2 terasa
pembetulan ye
bukan terasa yang kecik hati tu okey
terasa macam dia tujukan buat SY
sebab apa yang dia tulis sama dengan apa yang SY buat
hape la
perasan lagik

apa2 pun
terima qaseh ya Allah
kirimkan dia yang menulis tu
kata2 yang memberi kekuatan

kata nya macam ni

Awak...
ya, awak yang tengah baca ni
saya tahu, jauh di sudut hati awak
ada rahsia yang tersimpan
ada tangisan yang tersembunyi
ada harapan yang terlukis terang

Namun di situ
awak memilih untuk senyum
awak bertahan dalam diam
awak yakin dengan doa

Tapi saya percaya di sebaliknya..
awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti
awak menangis dihadapan-Nya yang jauh lebih memahami
awak serahkan hati awak sepenuhnya hanya untuk DIA

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya
kerana hatimu teguh bersama Pencipta…
. . . . . . . . . .



PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA, FREE PALASTINE