teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

24 February 2013

dikala pada suatu chenta dahulu

Assalamualaikum
dan salam hujung minggu

korang pernah mengimbau zaman dikala korang budak2 dahulu???
kalau teringat mesti tersenyum
SY teringat pon boleh senyum lebar selebar lebar nya

agak metafora di situ ye
abaikan
nak kata senyum sampai telinga sebenarnya
aduhai. . . sabo kan je la

bila dan matang ni, pergh! matang tu
matang ke???
bila dah beso panjang ni bila teringat ade kejadian yang agak tak berapa betul tu
kata kat diri sendiri 'kenapa la aku buat macam tu?', 'tak sangka aku buat macam tu'
hahahahahahahaahahaha

ok
tanpa membuang masa lagi
mari kita teruskan dengan berbalik kepada topik sebenar perbincangan kita pada hari ini
'PADA SUATU CINTA DAHULU'
haip! ape pula?
pembetulan ye
'PADA SUATU KANAK2 DAHULU. . .'
tersebutlah kisah
  • bila cikgu suruh buat lukisan pemandangan atau suasana desa atau tajuk bebas, mesti nak lukis dua buah gunung ganang. Lukis matahari di pertemuan antara dua gunung. Disertakan dengan lukisan awan plak tu. Dan burung macam huruf 'V' terletak di situ. Pastu lukis petak2 sawah yang menunjur dari kaki gunung tersebut. Nak2 lagi siap bubuh orang2 kat petak sawak tu. Kat tepi bahagian bawah kertas lukisan lukis sebijik rumah.
lalalalalalalala~ lukisan dah siap. dah boleh hantar dengan condifent confident nye kat cikgu.

  • berpendapat bahawasanya hati yang kat dalam badan ni adalah berbentuk, Hati???
entah dah skolah darjah brapa baru tahu hati sebenarnya bukan bentuk macam ni.

  • tutup pintu peti sejuk dengan sangat perlahan-lahan sambil tengok dari celah pintu peti sejuk yang belum tertutup rapat tu, hanya sekadar nak tengok lampunya terpadam. Alahai~
entah ape2 entah la SY ni. takde keje lain. kalau mama nampak, mesti kene sergah. terkejut. kus smangat.

  • cuba menyeimbangkan suis lampu, antara on dan off.
tak. bukan SY yang buat. tak tahu sape yang main.
mau tak bising mama bila SY buat keje bahaya macam tu.
boleh terkena renjatan elektrik. jangan tiru aksi yang SY cakapkan tu.

  • ade orang milo datang sekolah dengan lori milo. Dapat milo free. Weee~
yes! pakcik milo datang lagi dengan lori milo nya.

  • masa naik kereta nampak bulan. Kecoh dengan adik2. Kata bulan ikut kita. Adoyai~
tengok. . . bulan tu ikut kite. . .
keterujaan yang tak hengat dunia. riuh rendah jadi nya.

  • susun kusyen, lepas tu duduk dalam tu. Main dengan adik2. Main rumah2, ade juga main perang2.
nampaknya keadaan dalam terkawal.
musuh kelihatan sedang leka memasak di dapur.
tengahari nanti, kita serang beliau.

  • letak muka depan kipas yang terpasang. Mula2 speed 1, keluarkan suara 'aaaaaaaaaaaa'. Oleh kerana ter'exited'kan dek mendengar suara yang berubah menjadi robot, tekan dan mula bersuara. Makin exited, tekan samapi entah speed yang keberapa. Wei2, agak2 la kalau nak metafora pon kan. Macam la speed kipas sampai berpuloh2 macam dalam game lumba tu. Mau tak terbang rumah kerana speed kipas yang agak melampau di situ lajunya. Paling2 pon sampai speed 3 atau 4 je. . .
aik! ni robot ko otomen???

  • suka sangat makan ais pop. Bila dapat ais pop yang belum keras, laju2 masukan dalam peti sejuk bahagian atas. Kat sejuk beku. Jadi la pelawat peti sejuk yang setia. Tak sabar punya fasal la ni. Bukan SY yang salah k. Beli kat kedai runcit lagi cepat dapat makan, sebab tuan kedai ade jual yang dah keras. Hoho~ Bila masa nak makan tu, patahkan kat tengah2. Siap angkat lutut dan patahkan kat lutut. Hah! Amekaw! Lutut tu. Haha~
pilihan qolbu semestinya yang pink dan purple.
tak habis2 kaler tu jugak. dari kecik sampai ke beso.
tabahkan je la. . .


macam tu la hikayatnya. . .
setakat ni tu je la yang SY ingat
korang pula macam mana?
ke ade pengalaman kite sama kan
walaupun sama, tapi rasa nya berbeza-beza kan
sekian dari SY untuk kali ini

'SAVE GAZA, FREE PALESTIN'