teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

27 April 2011

Tinta berlagu catalyst dari PM

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Salam imtihan.

Dikesempatan masa yang jelez sangat2 kat aku sekarang ni, aku nak ucap kan Selamat Menempuh Alam Pereriksaan Akhir Semester II 2010/2011 buat kawanku sekalian juga buat adik aku.

Esok peperiksaan kedua aku. Gas Storage and Reticulation (GSR). Dalam masa yang sama, aku dengan seluruh warga kelas aku masih lagi bertungkus lumus menyiapkan Inidividual Mini Project untuk mataperlajaran GSR ni.

Bukan mudah untuk mengejar mimpi yang indah. Betul kan! Air mata dan keringat jadi taruhan. Belum masuk lagi masa ketika orang lain sedang bersenang lenang nenyak dibuai mimpi, tapi diri ini masih tekun untuk mentelaah Ilmu. Insya'Allah, kejayaan itu pasti milik kita. 

Dalam mengejar apa yang kita inginkan, hubugan dengan Maha Pencipta jangan dilupa. Bukan itu sahaja, hubungan sesama manusia juga perlu dijaga andai tiada sengketa antara kita.

Apeee... pon tak bleh (Haish, pengaruh Jambu la ni. Maharja Lawak)
Ape.. yang penting kerja sama (Pengaruh TV lagi. Wonder Pet)

Ape2 pon, STUDY SMART. DON'T STUDY HARD.

Jaga kesihatan. Itu pon memang penting. Bila sihat, otak pon cergas. Minda effective je bekerja.

Entry kali ni aku sertakan surat dari PM untuk aku.

Tinta berkagu catalyst dari PM???
Kenapa catalyst? Sebab catalyst bersifat pemangkin.

Haha. Mesti korang heran ape kaitan PM dengan entry kali ni kan.

Jom review surat PM untuk aku...


....dan aku punya kawan2. Ngeee~

Terima qaseh PM.

Perenggan pertama PM tu memang buat aku syahdu. Sebelum g ekjem, tu la kerja aku. Bergayut kejap kat talipon dengan Abah dan Mama.

Hati kecil ku merintih:
Mama, memeng rindu hangatnya pelukan mu itu. Abah... Mama... Doakan kejayaan memeng k k.
Insya'Allah pertengahan bulan Mei memeng akan kembali ke pangkuan kalian.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

24 April 2011

Analogi sepohon kayu itu~

Assalamualaikum semua~

Selamat hari Ahad.

Esok 25hb April 2011. Hari isnin. Aku mula peperiksaan. Pukul dinasor 2.30 petang peperiksaan pertama aku iaitu matapelajaran CRE II. Atau nama panjang nya Chemical Reaction Engineering II. CRE I dah ambik semester lepas. 


Tada~ ~ ~
Nampak2? Ni la toyol yang nenek kebayan nak bawa masuk dewan peperiksaan esok. Pelik. Tetapi benar. Tapi inilah hakikat nya ye cucu2 ku sekalian. 

Nenek dah siap tag maka surat ape yang patut. Supaya nanti takde la dewan pereriksaan tu bising dengan bunyi nenek membelek helaian2 muka surat buku ni dengan kadar halaju yang tinggi. Tapi tak la sampai nak kalah kan halaju cahaya. Nanti nangis plak die sebab kalah. Takde sape nak diam kan pujuk die berhenti nangis. Tak mo, tak mo. Nenek tak nak bertanggungjwab.

Okey. Bila bab2 peperiksaan open book ni ape yang korang fikirkan? Ya. Betul. 10 markah untuk anda. Soalan die mesti la susah. Tapi kalau bnadingkan CRE I dan CRE II ni, CRE II agak okey sikit kalau bandingkan dengan CRE I. 

Dua2 matapelajaran ni guna buku yang sama. Maka dengan itu, khatam la sudah buku CRE yang setebal 1080 muka surat ni apabila dah ambik CRE I dan CRE II. Alhamdulillah~ Tapi harus di ingat, kalau failed CRE I tak boleh nak ambik CRE II. Kene ulang sampai lulus baru boleh ambik CRE II. 

Fakulti aku memang banyak mata pelajaran macam ni. Paling teruk yang panajang rantaian nya. Contoh nya kene lulus A dan lulus B baru boleh ambik C. Ade lagi, lulus A baru boleh ambik B, lulus B baru boleh ambik C. Bukan takat tu, lulus A dan lulus B baru boleh ambik C, baru boleh ambik D. Ade yang matapelajaran dari semester 1 sampai semester 8 berantai. Mata pelajaran yang macam ni la killer subject. Botak nenek.


Okey~ Macam mana dengan entry aku tentang Aduhai sepohon kayu

Dah dapat idea ape analogi tu sebenar nya.

Ada~ ~ ~
1 pohon mempunyai 12 dahan,
1 dahan ada 30 helai daun,
Setiap daun ada 5 biji buah,
2 biji buah terkena matahari,
3 biji lagi terlindung dari cahaya mentari.

Tarik nafas panjang dan helakan kan dengan perlahan. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dapat menyedut gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida. Cuba korang fikir kalau oksigen yang kite sedut tiap2 hari kena bayar. Macam bayar bil air dan elektrik. Allah suruh bayar tiap2 bulan oksigen yang kite sedut. Namun, Alhamdulillah. Allah bagi free je kan.

Kalau kat plant yang proses gas2 contoh nya gas hidrogen dan oxygen. Memang buat duit owh~ ~ ~ Jual gas, modal tak payah bayar. Ambik je dari udara. Tapi kene melalui beberapa proses la.

Analogi pasal sepohon kayu tu ialah:

1 tahun ada 12 bulan,
1 bulan ada 30 hari,
setiap hari 5 kali kite sujud pada Dia Yang Satu,
2 kali masa siang,
3 kali masa malam.

^_____^

Aku tinggalkan korang dengan sepotong ayat ni.
Have a nice week.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

23 April 2011

Owh! Follower ke-sa puluh ratus ribu puluhribu maksud nya 10000

Assalamualaikum semua~

Pejam celik, pejam celik. Rupa2 nya dah 3 bulan kewujudan !little lady purplepink! ni.

Semalam blog nenek telah di follow oleh follower yang ke-
.
.
.
.
.
10000
.
.
.
.
.
O_o
.
.
.
.
.
Mau tak terjegil mata nenek ni. Blog nenek di follow oleh follower yang ke-100.

Upsss~ Sorry~ ~ ~ Oleh sebab terloncat ke petala yang lebih tinggi, so nenek berada pada exited state. Ketik nombor kosong sampai terlebih tekanan daya berulang2. Maafkan nenek. Ketik lambat nak break. Hingga menyebabkan accident pada bahagian kosong. Betul, betul, betul Ngeri, ngeri, ngeri~ ~ ~

Baiklah. Memperkenalkan~ ~ ~


Boleh la korang berkunjung ke blog baby_serene ni yang bertempat di serendipity whimsicalserendipity.blogspot.com. 

Wow! Nampak tak? Nampak tak? Tema perkahwinan purple plus gold kat entry tu. I loikee~ Nak tahu lebih lanjut, anda di jemput hadir ke serendipity whimsicalserendipity.

Berasal dari Tawau, Sabah. Status die? Nak tahu jemput, la singgah. Entry2 adalah dwibahasa. English and Melayu. Itu la penting nya, English Education~ (Pengaruh cite HKLBR lagi. Huhu~)
^_____^





All robots entry, transform. Maka kedengaran la bunyi robot transform.

Terima qaseh saya ucapkan kepada yang follow blog saya. Kepada pembaca2 dan penyinggah blog saya, juga terima qaseh saya ucapkan. Walaupon blogger newbie cuma, tapi anda semua sudi hadir dalam blog saya ni. Terima qaseh saya ucapkan.

Sebelum mengakhiri entry kali ini, aku nak buat pengumuman tergempar. Tergempar nye sangat (letak tangan ke dada dan pandang ke atas).

Berkenaan entry aku yang sebelum ni, Aduhai sepohon kayu. Entry seterusnya selepas ini aku kabor kan pada korang ape sebenarnya yang tersirat pada setiap bait2 ayat itu.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

22 April 2011

Aduhai sepohon kayu!

Assalamualaikum semua~

Incik blog: Aik! Rajin update blog. Nenek mesti busy Kalau busy takpe la. Kan nenek baru je update semalam [Letak tangan ke dada dan pandang ke atas].

O_____o
Amboi~ ~ ~ Tunjuk kuat nampak, incik blog. Malas kawan nanti padan muke. Huh!

Sekarang ni idop aku tengah bergelumang.

Jangan salah simpang  fikir yang bukan2 ye tuan2 dan puan2.

Bergelumang dengan Individal Mini Project yang tak siap2 lagi ni. Due date dah nak time over. Semoga Allah mempermudahkan sepanjang perjalanku ini. Amin~ ~ ~

Incik blog: Ish! Drama, drama, drama. Penuh drama la nenek ni.

Bukan takat drama. Tapi mengarut je memanjang. Maafkan nenek ye wahai cucu2 sekalian.
T_____T

Incik blog: Tengok tu, drama lagi.

Okey. Jom kite serius tak berapa nak serius.

Ehem!

Kali ni aku ingin membawa korang meneroka ke dasar laut dan langit.

Ops! Maaf2. Tersalah rancangan la plak.


Aku nak mengajak korang meneroka kisah tentang pepohon.

Ia nya berkisar soalan teka-teki yang tak berapa nak cepu cemas tetapi agak cepu emas.

Pejam mata dan bayang kan nya.

Incik blog: Nenek! Kejap2. Kalau tutup mata, macam mana nak baca.

Baca dengan menggunakan hatimu. ^_^

Okey2. Tak perlu tutup mata. Lepas habis baca ni baru boleh tutup mata.

Ada~ ~ ~
1 pohon mempunyai 12 dahan
1 dahan ada 30 helai daun
setiap daun ada 5 biji buah
2 biji buah terkena matahari
3 biji lagi terlindung dari cahaya mentari

Agak2. Apekah die? Cuba la teka.

Pejam rapat matamu. Renung dengan hatimu.

^_____^









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

21 April 2011

AWAS! Entry teramat sangat2 EXTREME!

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Pertama-tamanya patik memohon maaf atas kelewatan patik untuk meng'update' blog patik ni. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakan ye. Jangan la kalian merajuk bermuram durja. Sesungguhnya ke'busy'an yang melanda diluar jangkaan patik. Lebih2 lagi ketidak kesihatan yang kemelandaan patik. Huk,huk.
T_____T

Alhamdulillah nikmat itu Allah berikan ketika aku sedang masih dalam minggu study. Bukannya ketika dimana aku sedang menghadapi peperiksaan. Terima qaseh Ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Sekarang ni tengah menyiapkan Individual Mini Project Gas Storage and Reticulation. Due date 29 April 2011. Pergh~ ~ ~ Ade beberapa hari lagi. Dah macam kerja syarikat LPG/LNG piping plak aku rasa. Abah~ Mama~ Doakan Memeng. Rindu~ ~ ~

Pukul dinasor 3.30 petang semalam aku g pusat kokurikulum cekolah. Hantar report camping Trekking. (Uih! Dasya...t. Jadi setiausaha~) Hep! Menyampuk je incik blog ni. Jangan cube hendak memalukan I kat sini okey~ ~ ~ Aku g hantar report camping Trekking sebab memang wajib buat okey~ ~ ~ Menyumbang 10% kepada carry mark untuk subjek kokurikulum aku okey~ ~ ~ Report by group okey~ ~ ~ (Banyaknya okey~ ~ ~) Ape2 la incik blog. Eh! Baru perasan. Lama incik blog tak penyampuk kat entry2 aku. Weee~

Pas tu aku jumpa PA. (Cang'geh beb! Dah ada PA~ ~ ~ Biar betik?) Amboi~ ~ ~ Mentang2 la lama tak menyakat aku. Ade je modal die nak kutuk aku. Haish! Ehem! 
[Letak tangan ke dada dan pandang ke atas] Tau la ko rindu kat aku~ ~ ~ Betik la. Aku memang la ada PA. Baguskan cekolah aku. Setiap murid2 dalam cekolah aku ada PA. Hah~ ~ ~ Cang'geh tak cang'geh! 

Aku g jumpa PA sebab... Sebab aku nak ambik slip peperiksaan. Kalau takde slip peperiksaan tak boleh masuk dewan peperiksaan. Penting tu penting. Betul, betul, betul. Penting, penting, penting. Weee~ PA tu singkatan kepada penasihat akademik. Selain menjadi lecturer, cikgu kat cekolah aku bertindakbalas kimia sebagai penasihat akademik. Menguruskan hal ehwal rumahtangga pelajaran murid2 nya.

Eh! Apekah ini? Inilah banner group Trekking. Ketua kelas Trekking yang buat.
Inilah beliau yang dimaksudkan. Merangkap Pengarah kepada group Trekking ni. Nama beliau Razali.

Hari tu aku ade cite kan pasal aku g camping Trekking kat Gunung Arong? Hah! Ni aku nak cite pengalaman aku kat korang semua~ ~ ~ Sape2 yang blur2 tu boleh la buat rujukan entry aku ni |Link|. Aktiviti ni menyumbang 40% carry mark untuk subjek kokurikulum aku sem ni. Fitness test pula 10%. 

Malam tu bas datang lambat. So bertolak pukul gergasi 9.30 malam dan sampai Hutan Lipur Gunung Arong, Mersing, Johor pukul memukul 1.30 pagi. Tempat dimana kami menyewa hotel berkhemah. Pasang khemah pas tu tido. Kroih, kroih, kroih [Pinjam ayat |Zoey|. Kawan blog aku. ].

Cite pasal khemah. Kami guna frame tent. Ni pixa tym hari dah cerah.
Hah~ ~ ~ Cucu2 nak tau, ni la khemah nenek. Kaler biru plus kelabu asap gitu. Naseb beik takde kaler purple ungu plus pink merah jambu. Nenek dulu yang rembat. Haha! [Gelak penjahat].

Khemah ni muat 4 orang tapi cikgu pengiring, Encik Abdul Rahman Ahmad suruh kongsi 5 orang (Pergh~ Full name). [Sambil jeling incik blog, aku meneruskan frekuensi istiqamah jari jemari mengetik incik lappy] Takut khemah tak cukup. Alhamdulillah, khemah masih cukup. Kalau tak silap berbaki 2 atau 3 lagi.

Nak dijadikan cite, 11 orang perempuan daripada 14 orang perempuan. Sebab diorang ade test hari sabtu. Khemah 1 dah cukup 5 orang. Khemah 2 ade 4 orang. Aku dengan kawan aku,
Izzie name die pun ambik khemah yang ketiga. So kami berdua je la dalam khemah tu. Bahagianya idop. Haha! [Gelak penjahat lagi].

(Bahagia ker~~~? Ce korang baca sampai habis. Bahagia ke tak nenek ni dengan khemah die?). [Sambil siku incik blog]  Incik blog~ ~ ~  Sila jangan buat kontroversi okey~ ~ ~ Tapi yang tak bestnya khemah tu penuh pasir pantai. Sabor~ ~ ~ je la! Orang yang sebelum ni camping kat tepi pantai kot. Haish! Dah la sampai  pagi2 buta. Gelap. Sapu je la pasir2 tu ke 1 sudut khemah.

Seterusnya pukul monster 9.30 pagi kami memulakan perjalanan ke kaki Gunung Arong. Bukan kami yang berjalan. Tapi tayar lori yang berputar menghantar kami ke kaki gunung tu.

Cang'geh lori tu. Pakcik tu sampai boleh bawa masuk lori dalam hutan. Haish! Kesian kami yang kat belakang. Jadi mangsa ranting2 pokok. Sabor~ ~ ~ je la. Naseb beik lori tu ada bumbung. Ade bumbung tapi kat kiri, kanan, depan, belakang lapang. Mana tak nye, memang jadi mangsa ranting2 tu la. Adoi~ ~ ~ Extreme tak, extreme. Pakcik tu pon bawa lori rock yang teramat sangat2. Dah la makin die tekan minyak, makin laju tayar lori tu berputar.

Ni pula ranger Azlan tengah bagi penerangan sebelum mula ber'trekking'.

Penat ber'trekking', rehat kejap.

Semput nenek naik gunung ni. Tym naik gunung okey la juga jalan die. Permukaan muka bumi gunung yang agak senang untuk di daki. Tapi lutut ni pula memang letih.

Ranger Azlan banyak memperkenalkan kat kami jenis2 pokok yang tumbuh hidup meliar kat Gunung Arong ni.

Penat daki Gunung Arong dan atas kekuatan kaki nenek ni mendaki akhernya pukul belakang 10.25 pagi sampai la nenek kebayan dengan kawan2 kat puncak gunung Ledang ni. Penat~ ~ ~ Rasa berbaloi baloi bila dah sampai kat puncak.

Cantik pemandangan dari atas puncak gunung ni.
Haha! Jangan jelez tau~ ~ ~ Weee~ ~ ~

Stay kat puncak dalam setengah jam macam tu. Pas tu turun plak. Hah! Turun ni 1 hal la plak. Makin turun, makin terketar2 kaki. Kena la plak kawal lutut nak turun. Kalau tak memang dah tergelongsor jatuh. Kalau jatuh tergelongsor takpe lagi. Kalau jatuh bergolek2, tak ke nanti jadi macam bowling. Kalau orang belakang yang jatuh bergolek, memang menang strike la jawapnya. Jatuh semua pin orang2 kat depan. Sungguh tragis lagi extreme.

Aduhai lutut. Tolong la bertahan. Nenek dah parkinson dah hai~ ~ ~ [Nenek men hentam je penyakit orang tua tu. Haha! Kalau salah, i'm sorry~ ~ ~].

Ade pulak dah la nak kene berpijak di bumi yang nyata kat sipi2 batu besar, siap sambil kene peluk batu extreme besar tu plak. Extreme tak, extreme.  

Tym dah sampai kat kaki gunung, alangkah seronok nye nenek. Sebab dah samapai kat kaki gunung. Ku sangka panas hingga ke petang, rupe nye hujan di tengahari. Keseronokan itu hanya berkadar sementara kerana perjalan diteruskan menyusuri pantai. 

Mesti dalam kepala korang membayangkan pantai yang dipenuhi pasir pantai yang memutih. Yelah tu! Ni nenek kene jalan atas batu2 pantai. Macam2 saiz batu ada. Tapi semue nye saiz2 giant. Extreme punya saiz. Dah la jarak2 batu tu. Kene la melompat. Nenek sampai jatuh tersungkur ke bumi kat atas batu tu O_o . Sakit kepala lutut nenek. Luka plak tu. 

Sampai kat muara sungai, air laut dah pasang tym tu. Nak kene seberang la plak. Lori yang angkut kami tadi ada kat seberang.  Nenek confident je menyeberangi muara sungai tu. Tup2 sampai kat tengah2 air dah sampai dada. Nenek tak pandai berenang~ ~ ~

T_____T
Nenek takut~ ~ ~ (Kalau korang nak tahu, nenek ni berpengalaman lemas kat Sungai Lembing, Pahang kalau korang semua nak tahu. Tragis betul. Dah la hari tu nenek ni birthday. Sebelum lemas, nenek kene sengat tebuan juga pada hari yang sama. Memang tragis. Extreme tak, extreme. ) Incik blog! Jangan tiru ayat nenek. Ish! Ingat kan dah tido tadi. Lama diam. Tak muncul2. Tym ni juga die muncul.

Fuh! Nasib baek kawan2 nenek pimpin tangan nenek. Kalau tak, nenek lemas lagi la jawap nye. Hukhuk. Sadis betul la. Extreme tak, exreme.

Sampai kat tapak khemah kol 12. 30 pm.

Malam tu kami wat BBQ. Weee~ ~ ~ Suke sangat~ ~ ~ 

Amboi Fayad~ ~ ~ Siap possing nak hidupkan api untuk unggun api BBQ. Fayad ni foreigner student kat cekolah aku. Dari Yaman. Die ni pandai la juga cakap dan faham melayu sikit2. Selain die ada lagi tiga orang budak foreigner ahli group trekking ni. Dari Beijing.

Ni la dapur kami. Tempat kami memasak makan pagi, tengahari, petang dan malam. 

Tukang panggang yang tawaduk memanggang. Malam tu ada ayam, sosej dan udang panggang. Nyum2. Nasi goreng dan mee hoon goreng pun ada. Cang'geh beb, camping aku kali ni. Air sirap dan teh 'O' pembasah tekak.

Stop cite pasal  BBQ. Kami tido pukul giant 11.30 malam kalau aku tak silap. Malam tu hujan renyai2. Tiba2 tym 3.00 pagi buta macam tu aku dengan Izzie terjaga. Ade benda sejuk mengalir bawah khemah kami. Hujan lebat! Kami pon bangun la. Check2 mana la tau kot2 ada yang basah. Air hujan masuk.

Yah! Sangkaan ku benar belaka. Lantai khemah ada yang bocor. Kami pun alih la beg. Bila dah alih, tup2 kat tempat yang kami alih tu pon bocor. Haish! Tadi kering je. Dah basah la plak. Tengah duduk kat tengah2 khemah [sebab kat tengah2 tu je kering] tunggu hujan reda, aku sampai tersengguk2 tetido O_o . Tak tahan mata. Izzie ajak tido lantai khemah yang lembap tu. Sabor~ ~ ~ je la. Extreme tak, extreme.

Pagi tu hujan dah berhenti. Beg dah basah. Naseb beik hari tu kami balik. Kaki pula sakit. Kejang pasal trekking. Lutut luka. Huhu~ Sebelum balik, wat fitness test plak. Walaupun dalam kesakitan kaki, nenek lulus fitness test. Alhamdulillah~ Nenek dapat Level 5.1. Pempuan Level 5 dah dapat A dah Level 3 untuk lulus.
^_____^

12.30 tengahari bertolak dari Hutan Lipur Gunung Arong. Sampai UMP pukul 5.00 petang.

Selamat tinggal Hutan Lipur Gunung Arong. Selamat tinggal Gunung Ledang Arong.
Terima qaseh atas kenangan itu. Terima qaseh atas pengalaman itu.
Terima qaseh semua~ ~ ~

P/S: Mesti korang pelik kan. Apesal la banyak gambar lelaki dari pempuan dalam entry aku ni. Nak buat macam mana. Group trekking ni ade 55 orang ahli. 41 orang lelaki. Semua g camping ni. 14 orang pempuan. 11 orang je yang g. 3 orang lagi ade test hari sabtu. Panjang tak, panjang entry aku kali ni. (Uih! Dasya~ ~ ~ t. Extreme tak, extreme. Uih! Extre~ ~ ~ me. Panjang extrem. ) Aik, kat sini pun incik blog ni ade. Eeeee~ ~ ~




Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

14 April 2011

follower dan peninggal tapak kaki yang mngecewakan aku

Assalamualaikum semua~ ~ ~

[Sambil terbatuk2] Maaf ye cucu2 sekalian. Nenek tak sihat pada entry kali ini. Untuk mengelakkan jangkitan, sila la pakai mask.

Karang tak pasal2 terjangkit selesema, batuk dan demam nenek ni [letak tangan ke dada dan pandang ke atas].

Akher nye hari ni boleh la mengecapi keselesaan selepas melalui hari2 yang sukar. Kepada sesiapa yang tak faham boleh la klik dan baca entry2 ni ye Amaran keras! Lebih keras dari batu. dan Pesan bonda terpahat dihati. Hari ni boleh la aku melayan incik blog bukan sahaja dengan penuh mesra tapi dengan full attention sementara ade seminggu lebih lagi nak final exam. Haha! [Gelak ahli sihir jahat].

Malam tadi aku dah sedaya upaya follow balik dan menggagahkan mata ni untuk berkunjung ke blog mereka. Bukan ape, dah mamam ubat ade kesan2 mengantok. Jangan berkecil hati ye sebab lambat follow balik. Bukan tak sudi tapi keadaan tidak mengizinkan. Sape2 yang follow aku, insya'Allah aku follow die balik.

Hari ini misi aku diteruskan lagi dengan sliding ke blog mereka yang meninggalkan tapak kaki mereka kat cbox yang terdapat dalam blog aku ni.

Walaupun aku blogger newbie cuma, jutaan terima qaseh aku ucapkan kepada kamu semua kerana sudi follow dan bersiar2 kat blog aku yang tak seberapa ni. [Sambil kesat air mata kerana terharu]

Tapi ade yang mengecawakan aku. Kekecewaan aku ni bukan timbul dari malam tadi. tapi dah lama dah. Bukan takat kecewa. Malah aku sangat2 bersedih. Mesti korang nak tau kenapa aku sedih. Yelah, korang kan memang concern kat aku [letak tangan ke dada dan pandang ke atas].

Ade yang follow aku tapi aku tak boleh nak follow die balik. Nak tahu sebab ape? Hah! Ni la yang aku nak bagi tau kat korang ni. Kepada sape2 yang aku tak follow balik tu sila take note kat entry ni okey.

Bila aku klik kat muka korang dalam follower blog aku ni,
takde link blog korang pon. Contoh nya macam dalam pixa kat bawah ni.
Link blog die xde la plak. Kadang2 kite tak perasaan akan benda ni. Patut nya kat sini akan tertera link blog korang macam dalam pixa kat bawah ni.

Kepada sesiapa yang berkenaan sila baiki dengan secepat mungkin. Cara nak baiki boleh la ke Tips tingkatkan follower. Bila dah baiki bagitau kat aku k dengan hanya komen entry ni. Dengan itu boleh la aku follow korang balik.

Kepada yang tinggal kan tapak kaki kat cbox dalam blog aku ni, kalau korang nak aku g blog korang, kat ruangan nak isi e-mail/url tu korang isi la url blog korang. Dengan itu aku ni exist la juga kat blog korang. Huhu~ Takde la aku terpinga2. Sebab tinggal pesan suruh aku g blog korang tapi bila klik nama yang keluar bukan blog korang. Huhu~

'Follow u, follow me back.' Tinggal message kat cbox yang die dah follow. Beriya2 la aku nak follow tapi bila klik nama bukan klua blog. Dalam hati aku cakap okey xpe la, aku try cari dalam follower blog aku pula. Bila jumpa, aku klik kat muka korang dalam follower blog aku, takde link blog korang. Memang sadis. Tengok betapa berusaha nya aku nak menjejaki jejak korang. Bukan apa, aku sangat2 menghargai orang2 yang berkunjung ke blog aku ni.

Okey. Kepada mereka2 ni baiki secepat mungkin k. Rujuk Tips tingkatkan follower untuk membaiki keadaan. ^___^




Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

08 April 2011

kite bukan nak poco2. kite nak bako!

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Shyyyy!!!

Njet, jet semuat~
Sape sakit naik atas~
Njet, jet semut~
Sape sakit naik atas~

Kak limah! Salah lagu la. Bukan lagu ni. Lagu yang satu lagi tu.

Owh~ ~ ~ Okey2. Sorry!

Balenggang pata pata~
Ngana pegoyang pica pica~



Hey! Orang datang nak bako! Bukan poco2.


Okey2. Stop2. Sampai kat situ je dialog tu. Kang lebih2 kang, Tak jadi cite yang sebenar2 nya. Ehem! Erm2!

Tiap kali g senamrobik tak rasa macam g bersenam tapi rasa macam g kelas menari. Wee~ He!

Tada~ ~ ~
Petang semalam aktiviti senamrobik meriah sangat2. Sambutan hari kesihatan sedunia. Dalam bahasa orang putih nya ialah World Health Day Celebration.

Kite bako! Kite bako! Kite bako je rumah Kak Limah tu lemak! Demi kesejahteraan kampung pisang ni kesihatan jantung kite.

Senamrobik yang kebiasaan nya dibuat tiap2 petang rabu tapi minggu ini telah diadakan pada hari khamis iaitu petang semalam demi sama2 dan salah satu usaha dalam  menyokong hari kesihatan sedunia ni.

Cenderahati yang dijanji kan adalah berupa towel yang bersulam logo UMP dan nama program.

Ade macam2 kaler. Purple, kuning, cream dan coklat cair. Nak kaler purple. Tapi towel kaler tu terhad sangat. Dapat kaler cream ni pon okey la. Daripada takde. Kan2.

Budak2 kelas aku, 4BKG antara yang meramaikan program senamrobik ni. Dan program World Health Day Celebration pon muka budak kelas aku juga. Haha~ Aku tengok dah macam senamrobik bersama 4BKG la plak. Hehe~ Junior2 aku yang BKG pon ramai. Terus aku gelar senamrobik bersama budak2 BKG (Chemical Engineering with Gas Technology).

Gelanggang badminton ditutup untuk memberi laluan kepada program ni. Budak2 yang selalu main badminton tym kami senamrobik pon ikut program ni. Hehe~ Memang meriah. Semua orang sporting sangat2.
Co-ordinator untuk senamrobik pon memang best. Lagi2 Encik Adzizi. Aku tengok die suke sangat suke lagu Hush2 dan lagu Nobody. Siap karok karaoke sambil guide senamrobik. 
Bersungguh2 plak tu. Ish, ish, ish~ ~ ~

Jom tengok pixa catatan sejarah petang semalam jom!
Tarikh: 7 April 2011
Masa: 5.30 petang
Tempat: Kompleks Sukan UMP

Terserlah ke'pendek'an nenek di sini ye~ ~ ~ Pada kedua2 pixa atas dan bawah. Huhu~
T_____T









Nak di jadi kan cerita, habis je senamrobik aku dengan kawan2 aku g rumah kak limah pasar malam kat Gambang. Hehe~ 
Di kejauhan kelihatan kesibukan kepasaran kemalaman ke'Gambang'an.

Seperti macam ade satu fenomena aneh. Dimana sekumpulan kanak2 riang berbaju pink berkeliaran di pasar malam Gambang petang semalam. Sabo je la.

Setelah selesai merayau2 di pasar malam. Mengisi masa lapang menunggu tuan punya kete kebal, Azzy dan sorang lagi kawan aku, di tapak letak kereta, aku dan mereka mamam hasil tangkapan rembatan kencang dari pasar malam.

Nyum, nyum, nyum, nyum. Bla, bla, bla.... Nyum, nyum. Bla, bla...

Bila sedar camera ada di mana2, trus possing. Adoi!

Suke ini. Betul, betul, betul. Sedap, sedap, sedap. Bliss Kiwi untuk aku.

Pukul monster 7.30 macam tu tuan punya kete siap membeli belah dan kami pon balik.

Malam ni seperti yang aku cite kat korang, pas maghrib aku akan berangkat ke Gunung Arong, Johor. Ahad nanti aku balik. Sepanjang ketiadaan aku, sila jangan nakal2 okey! Nanti kene rotan. Haha!
Aku tau~ ~ ~ Nanti korang mesti tercari2 aku kan. Korang kan memang ambil berat pasal aku. (Sambil letak tangan ke dada dan pandang ke atas)

^_____^



Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni: