teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

29 May 2011

tragedi, die Adult ke?

Assalamualaikum semua~

Owh ye~ Lupe nak buat kenyataan disini. Patik penyimpan mohor Little Lady Purplepink dengan ini mengisytiharkan esok perang.

Ops! Salah la plak. Patik dengan ini mengisytiharkan bahawa dengan ini di umum kan patik akan membahasakan diri patik sebagai SY. SY stand for saya. Yer! Memang la saya. Namun sesungguhnya SY itu adalah Sufinah Yussof. Tapi macam biasa, nenek tetap nenek kan. Haha!

Kali ni nenek nak cite la pasal nenek g tengok wayang yang sungguh tragis dengan geng keras nenek ye.

Lokasi pertama ialah panggung wayang kat East Cost Mall. Orang2 kat kuantan panggil ECM.

Masa tu nak tengok cite Mechanic.

Dah tiba waktu, masuk la nenek dengan batalion nenek. Batalion konon. Walhal, kami hanya berlima. Sabo je la dengan kerenah nenek ni k. Masa kat tempat nak bagi tiket, orang tu tanya nak tengok MyCard nenek.

Orang Tiket: Nak tengok MyCard (Sambil senyum kat nenek)
Nenek: Hah! (Muka nenek blur. Sebab die mintak MyCard nenek sorang je. Tak pula die minta MyCard satu batalion nenek.)

Nenek ingat die saje nak melawak. Saja nak beramah dengan pelanggan. Tym tu batalion nenek dah nak naik tangga. Nenek pon slumber je menyusul ke arah batalion nenek.

Pak Cik Tinggi Beso: MyCard! (Dengan suara die yang agak tegas)

Tym tu baru setapak dua nenek melangkah.  Nenek pun berundur kebelakang dan bagi kat orang tiket tadi. Die tengok depan nombor MyCard nenek. Pas tu die kembalikan kat nenek. Pas kata time qaseh nenek menuju tangga. Batalion nenek menunggu kat tangga sambil gelak.

Korang bayangkan la macam mana perasaan nenek tym tu. Sabo je la. Kat belakang ade plak orang lain lagi yang nak masuk. Mereka turut menyaksikan tragedi tersebut.

Ce fikir. Ce fikir. Nenek rasa korang pon mesti tahu kan nape orang tiket dan pak cik tinggi beso macam bonzer tu minta MyCard nenek. Hukhuk~

Okey. Sekarang beralih pula ke segmen seterus nya. 

Ingat lagi entry nenek pasal journey to the east? Ade tragedi di sebalik nenek g tengok cite Kongsi kat Suria KLCC tu.

Mama kol. So jawap la panggilan mama. Kawan2 nenek yang beli tiket. Nenek kat belakang diorang.

Kawan Nenek: Kak, nak tengok cite Kongsi yang pukul monster 7.45 pm. Untuk 4 orang.
Pemjual Tiket: Okey. Ermmm~ Die ADULT ke?

Die tujukan kat nenek. Tym tu nenek tengah khusyuk bergayut dengan mama. Nenek jadi blurr bila kawan2 nenek tengok nenek bersama dengan penjual tiket tu skali.

Kawan2 nenek gelak sakan. Nenek makin la bertambah blurr.

Kawan Nenek: Haha! Kak, die tu dah tua. Dah 24 tahun.
Penjual Tiket: Owh~ ~ ~ (Pastu akak tu senyum)

Nasib baik masa nak masuk tu, orang yang ambik tiket tak tahan nenek. Urmmm~ Sabo je la. Kawan2 nenek gelak sakan kat nenek. Terhibur pula diorang.

Sabo je la.

Jangan nanti bila nenek g tengok wayang dengan Incik P. Ramlee orang kat panggung wayang tu kata,
@ adik awak ke?
@ adik awak adult ke?
@ nak tengok MyCard adik awak.

Sabo je la~

P/s:
Sesungguhnya nenek memang kecik. Dan sorang kawan baik nenek yang agak rapat yang diberi nama Mohd Alif panggil nenek, Kecik. Pastu terbiasa la nenek bahasakan diri dengan nama Kecik bila cakap dengan die.

24 May 2011

journey to the east

Assalamualaikum semua~

Pertama-tama nya SY tujukan ucapan terima qaseh kepada encik zippo dan cik zoey yang selalu ingat kan SY untuk update entry terbaru kat dalam blog ni.

Maaf ye~ Bukan tak nak post entry baru tapi nak cari masa susah la plak. Sebab bila dah balik rumah ni, buzy la plak tolong business mama. Ngeeee~

Dari hari tu nak cerita pasal ni. Tapi asyik tak berkesempatan je. Di tambah plak dengan ketidak kesihatan yang datang menjengah tanpa di undang. Sabo... je la. Nikmat dari Allah.

Journey to the east SY bermula dari west. Ape ka?

12hb Mei 2011

Setelah mengemas barang2 ke dalam kotak, nenek letak kat stor kolej kediaman dan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap kotak. Kotak nenek semuanya ade 7 kotak beserta 1 beg roda yang besar dalam berat average 15kg, baldi dan 1 beruang besar pemeluk. Abang keje kat pejabat kolej kediaman tu geleng kepala tengok barang2 nenek yang sebegitu banyak nya. Nenek sengih. Ngeee~

Patut nya kene letak DUA kotak je. Tapi nenek bantai dengan barang2 nenek dengan banyak nya sekali. Die tanya nenek nak balik mana dan kenapa barang nenek banyak sampi macam tu sekali. Nenek bagi tau la nenek nak balik Sabah. Huhu~ Tak kan nak bawak balik naik belon barang2 tu pas tu nanti balik semula sekolah bawak barang2 tu juga. Abang tu gelak. Pastu die bagi kelulusan. Weee~ Suke nye nenek.

Pukul monster 6.30 petang tunggu bas. Bas sampi depan UMP pukul dinasor pukul 7.00 petang.

 Ni nenek. Tengah keboringan. Naik bas Plusliner. Bas dua tingkat plak tu. Nenek hanya berdoa semoga perjalanan nenek selamat hendak Nya. Tak sabar nak sampai KL. Mula2 memang dah tido. Pas tu terjaga. Nak tido balik dah tak dapat dah~ Mata nenek degil. Huhu~

Nenek tak seorang. Nenek dengan kawan nenek, Ama. Die plak balik Sarawak. Die duduk belakang. Mentang2 la bas tak penuh kan. Suka suki je nenek buat bas tu macam bas nenek. Conquer sorang dua kerusi. Hoho~ 

Kat KL kami stay kat rumah makcik kepada Ama.

13hb Mei 2011

Nenek g jalan2 dengan Ama dan dua orang lagi kawan nenek Miya dan Lis. Diorang balik Sarawak. Diorang plak stay kat rumah makcik Miya sementara tunggu beberapa hari lagi flight balik Sarawak.

Ruhama, Norlista dan Amira

Haha! Nenek dengan diorang g tengok wayang kat Suria KLCC. Wayang ape? Haha! Tengok cite Kongsi.
Overall, cite ni best sebab lawak sangat2. Ni la nama nya MUKA LEGEND, ACTION LAWAK HATI KIUT. Nak tau pasal apa? Tengok la sendiri. Buat keje jahat semua confident siap dengan mimik muka sekali. Tapi action? Cite ni yang tahu macam mana cite ni. Lu' langsi, lu' mati!

14hb Mei 2011

Nenek tak g mana2. Duduk rumah. Sebab esok nya awal pagi sebelum subuh lagi nenek nak kene g KL Central. Naik Skybus ke LCCT. Flight nenek pukul monster 7.50 pagi.

15hb Mei 2011

Nenek bangun awal giler. Pukul dinasor 3.00 pagi. Bertolak ke KL central pukul pencurik 4.00 pagi. Sampai KL Central trus naik Skybus ke LCCT. Sampai LCCT tak silap nenek pukul tak tahu nak pukul ape lagi 5.45 pagi. Kaunter check in dah buka.

Nenek blurr. Check in guna Kiosk. Drop beg kat kaunter drop beg. Dah tuka system plak dah~ Baek la. Airport ni pagi2 buta lagi dah sesak. Aduyai~ ~ ~ Baris panjang. Benda nama Kiosk tu ade 4 buah je. Sabo... je la.

Nenek bersyukur sangat2 sebab luggage nenek tak seberat yang nenek bayang kan. 13kg cuma. Huhu~ Nenek dah cuak dah. Takut terlebih 15kg. Sebab hari tu nenek beli tiket dah bayar luggage RM25 untuk 15kg. Kalau terlebih, kena la nenek bayar RM15 untuk excess luggage.

Beg yang nenek bawa duduk dengan nenek beg lappy dengan 1 lagi beg pakaian yang tak la besar sangat. Tapi tak boleh lebih dari  7kg.

Nenek masuk balai berlepas pukul jam 6.55 pagi. Nasib baik sempat. Pukul 7.10 nenek nak kene masuk belon dah. Yea~

Tempat duduk nenek 24A. Horrreeeyyyy~ ~ ~ Nenek duduk tepi tingkap.
Nenek dalam belon. Ngeee~

Belon mula nak berlepas. Selamat tinggal Semenanjung. Panjang umur insya'Allah kite jumpa lagi.

Belon kini meluncur laju di atas awan.

Andai dapat ku gapai awan2 itu. Masya'Allah! Sungguh indah ciptaan Allah.

Setelah lama berada di langit laut china selatan, kini belon telah memasuki langin negeri di bawah bayu.

Siap sedia. Nenek bersedia kerana belon dah nak landing. Yea~ Hi2 Sabah~


Alamak! Pixa tak terang la plak. Ape2 pon, alhamdulillah nenek telah selamat sampai di Terminal 2 setelah terapung selama 2 jam 30 minit.

Abah, Mama, Bibi, Acip dan Mustaqim~ ~ ~ Memeng dah sampai.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

11 May 2011

Aku plak yang takut kene lenyek bilik kebal tu~

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Kus~ ~ ~ Semangat. Naseb beik tak terhempap, malah tak terlenyek dengan bilik kebal tu.

Aduyai. Kalau kene for sure la jadi sekeping macam kertas. O_o

Siri pengembaraan dari Kolej Kediaman 4, UMP, Gambang bermula. Our aim for first location is  East Cost Mall Kuantan. Nak tengok cerita Pununggu Istana. Tayangan malam. Haha! Aku memang peminat setia movie seram. Tapi sebelum tu g membedal ayam kat Kepci.

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ape yang aku impikan hancur berkecai. Bak kaca yang terhempas menyembah bumi. Ceh! Macam orang putus cinta. Cite hantu tengah main. Sabo je la. Tengok2 ade cite Fast 5. Mata nenek trus bersinar2. Haha! Tapi~ ~ ~ Tinggal sit depan skali la plak.

Cite Momok Jangan Panggil Aku ni best ke?

Okey~ ~ ~ Beik la. Nenek bersama geng nenek pon beransur pergi. Namun nenek and the geng tak patah semangat. Sorang geng nenek call kawan die. Kawan die tu budak UMP juga. Die suruh tengok kat internet mana lagi kat Kuantan ni ade wayang buka sampai tengah malam.

Kuantan Parade last habis wayang kol 11.30 malam.

Perkhabaran berita gumbira sampai. Kompleks Teruntum. G la nenek bersama geng nenek. Pon sama. Tinggal sit paling depan je ade. Takpe la. Beli je la. Tayangan ko 11.45 malam. Semangat Fast 5 la konon nye. Trus hilang image hantu yang ingin ditonton dalam kepala hotak ni. Yang ada hanya la drift car. Haha!


Sepanjang tengok cite ni memang mata nenek bulat je. Terpegun. Terkagum. Terpana. Tersentak. Ter... Semua la ada. Best wo~ ~ ~ Bak kata Nabil, ni best bro~ ~ ~ Best bro~ ~ ~

Cuma nya~ ~ ~ A'haaa! Ade cumenya. Cuma kurang sikit lumba2 kete. Banyak action. Tapi walaupun action, tetap ade main keja2 kete. Sambil tarik bilik kebal plak tu. Bergolek2 bilik kebal tu atas jalan raya.  Nenek kat luar cite ni yang takut terhempap malah takut terlenyek skali. Sesuatu yang berlaku diluar imaginasi korang. Mesti korang nak tahu ape kaitan bilik kebal tu dengan drifter2 tu kan. So, wajib tengok. 
Best wo~ ~ ~ Berbaloi2~ ~ ~ Terbeik. Segar dari ladang dan lautan dalam.

Sape yang teragak2 nak tengok tu, tak payah fikir dua tiga empat lima kali. G la tengok. Best wo~ ~ ~

Nenek yang teruja selepas kelaur panggung. Haha!

Dua orang geng nenek. Ade dua orang lagi pegi toilet.

Another target nenek ialah cite Nur Kasih The Movie and Transformer. Haha!









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

10 May 2011

mari kite tengok, sape yang kene~

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Jom2. Mari kite tengok sape yang kene~ ~ ~

Nampak2?

Nampaknya beliau telah di kesan.

Mengikut radar, beliau adalah seorang wanita.

Seorang pelajar yang berumur  dalam 20 an.

Bernama Nur Shairah.

Berada di lokasi kejadian. Iaitu Klang, Selangor.

Merupakan orang ke-200.

Ye! Inilah die follower yang ke-200 beta. Haha!

Nak tahu lebih lanjut tentang blog beliau, sila la bertandang ke Behind da Story of Syafeyra. Ok? Okey~ ~ ~

08 May 2011

Kekasih kesayangan Bonda

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Kali ni aku nak kongsikan luahan rasa hati aku dengan korang. Luahan rasa buat kekasih hati aku.....
.
.
.
Mama ^ ^
.
.
.
Kehadapan Mama yang sentiasa mekar dihati anak Mama,
Semoga sihat dibawah lindungan Allah sentiasa,
Ni kali pertama anak Mama menulis untuk Mama dalam blog,
Mama tau sebab apa?
Sebab Mama ^ ^

Mama tahu kan anak Mama yang satu ni bukan insan seni macam Mama,
Anak Mama yang satu ni budak Chemical Engineering,
Mass, component dan energy balance dunia anak Mama,
Tapi dengan Mama, sekarang anak Mama tahu sastera dan madah pujangga.

Mama ingat tak lagi masa anak Mama sakit teruk dulu,
Mama jaga anak Mama dengan tekun,
Berbulan-bulan anak Mama sakit,
Mama sentiasa ada disisi sebab nak pastikan anak Mama okey,
Mama doktor anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama ingat tak lagi saat anak Mama terjatuh dalam perjalanan menuju cita2,
Mama beri kata2 semangat dengan tenang walaupun perkara itu agak mengejutkan Mama,
Mungkin juga agak membuat Mama hendak pengsan sebab anak Mama anak sulung,
Mama selalu ada menasihati sebab nak pastikan anak Mama bermotivasi,
Mama pakar motivasi anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Anak Mama suka bila Mama bercakap,
Penuh motivasi dan inspirasi,
Bila anak Mama lemah,
Anak Mama pasti akan cari Mama,
Sebab hanya mendengar suara Mama sudah cukup untuk membangkitkan semangat anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama banyak bercakap tentang kehidupan ini,
Mama juga banyak bercakap mengenai kehidupan di dunia yang satu lagi,
Nasihat Mama sentiasa terpahat dihati ini,
Anak Mama tahu,
Doa Mama sentiasa mengiringi perjalanan kami untuk kebahagiaan  dunia dan akhirat,
Terima Qaseh Mama.

Melahirkan kami bukan sesuatu yang mudah,
Mama bertarung dengan nyawa,
Mama bertarung dengan maut,
Anak Mama masih ingat kata2 Mama,
Saat Mama melahirkan kami,
Hati kecil Mama berkata,
Mama redha andai saat itu nyawa Mama diambil demi menyelamatkan nyawa yang ingin dilahirkan,
Terima Qaseh Mama.

Anak Mama masih ingat,
Dulu time kecil,
Anak Mama selalu minta upah bila Mama suruh apa2,
Mama tak pernah kata tidak,
Tapi Mama tak pernah minta upah atas segala apa yang Mama bagi,
Semuanya percuma,
Mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan macam2 lagi,
Walau berjuta ucapan terima Qaseh atau wang emas pun tak mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama,
Anak Mama rindukan hangatnya pelukan Mama,
Anak Mama rindukan eratnya pelukan Mama,
Anak Mama rindukan manisnya kucupan mesra Mama,
Anak Mama rindukan Mama,

Tuhan,
Terima Qaseh kerana aku dikurniakan seorang insan,
Bergelar Mama bernama Nurjinah Bt. Mokhtar,
Isteri kepada Yussof B. Uji,
Mama kepada tiga orang anak yang kini semakin meningkat dewasa,
Terima Qaseh ya Allah.

Mama,
Anak Mama minta maaf atas segala kesalahan yang pernah anak Mama lakukan,
Mama,
Anak Mama sekarang ni dah besar,
Begitu juga dengan adik2,
Tahniah Mama,
Mama bentuk kami mengikut acuan yang diredhai Allah.

Mama,
Mama anugerah Allah yang tiada tandingan,
Cinta Mama buat kami tiada penghujungnya,
Begitu juga dengan kami.

Anak Mama selalu berdoa pada Allah. Jika ajal dan maut memisahkan kita, kita akan dipertemukan lagi di Jannah kelak, insya'Allah. Anak Mama sayangkan Mama. Mama always be the one and only. Never be replaced. HAPPY MOTHER'S DAY, MAMA~


Mama, anak Mama balik 15hb ni. Flight dari LCCT pukul 7.50 am. (Bersorak sambil menjadi pom2 girl) Umur dah __. Tapi perangai masih macam kanak2 rebina. But don't worry Mama. Anak Mama be professional and jadi rebina hanya pada keadaan, masa dan tempat yang tertentu yang dibenarkan sahaja. Ngeee~ \ ^ ^ /









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

01 May 2011

Merajuk kerana P. Ramlee

Assalamualaikum semua~

Kali ni aku nak cite pasal salah seorang kazen aku. Nama die Faiza Elai. Dulu panggil die adik, pas tu bila die dah ada adik lelaki, trus ubah panggil die angah.

Tahun ni die darjah 1. Cite kegemaran die ialah cite2 yang dibintangi oleh P. Ramlee. Die tinggal kat Melaka. Kalau cuti mid sem, aku g la rumah die.

Angah: Kak Memeng teman kite tengok cite P. Ramlee malam ni k. Tengok kat TV2.
Aku: Hah! Tak nak la. Kak Memeng nak tdo la. Malas la tengok cite P. Ramlee.
(Sebenar nye aku ok je kalau nak teman die. Tapi aku saje je nak sakat die. Haha! Jahat nye aku.)
Angah: Ala Kak Memeng ni! Teman la kite tengok. Along bukan nye nak teman kita. Kite takut. Kak Memeng~ ~ ~ (Merengek2 kat aku)
Aku: Tak nak~ ~ ~ (Aku pon ikut merengek macam die. Haha!)
Angah: Alahai! Kak Memeng ni. Tak nak kawan Kak Memeng.
(Aik! Tak nak kawan plak dah. Macam2 Angah ni. Dibuatnye aku ni macam sama level umur dengan die la plak. Haha!)
Aku: Haha! Yelah2. Kak Memeng teman kan. Kak Memeng gurau je pon~ ~ ~

Memang hobi die la tengok cite P. Ramlee ni. Padahal dah banyak kali tengok. Tak cukup kat dalam TV, Pakcik aku, merangkap ayah die, banyak belikan DVD cite P. Ramlee yang macam2. Kalau rosak die minta beli baru lagi. Tengok la tu. Minat sangat dengan P. Ramlee.

Ade malam tu. Sampai nangis dan merajuk kat ruang tamu. Takde orang nak teman kan die tengok cite P. Ramlee. Time tu aku dah memang tdo. Lepas dari tu, die minta teman dengan aku kalau aku ade. Kalau die minta dengan Along, macam2 syarat la Along minta. Angah pon ye je, janji ade teman tengok pelakon kesayangan die berlakon.

Tada~ ~ ~
Jangan tersilap okey~ ~ ~
Sebelah kiri ialah pixa P. Ramlee time muda2. Haha! Takde la. Sebelah kiri tu pixa P. Ramlee zaman sekarang. Pixa kanan baru la original Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Yang sebelah kiri tu ialah... No komen. Haha!

Kawan2 die panggil die P. Ramlee. Siap family aku pon panggil die P. Ramlee. Kalau nyanyi, memang ade suara P. Ramlee. Die nyanyi memang sedap. Asal beliau adelah Bachok, Qlate.

Ape pon, filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Masih ditayangkan dikaca TV hingga ke hari ini. Budak2 kecik pon kenal siapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan tahu cite2 beliau.

Al-fatihah buat beliau. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin~