teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

24 May 2011

journey to the east

Assalamualaikum semua~

Pertama-tama nya SY tujukan ucapan terima qaseh kepada encik zippo dan cik zoey yang selalu ingat kan SY untuk update entry terbaru kat dalam blog ni.

Maaf ye~ Bukan tak nak post entry baru tapi nak cari masa susah la plak. Sebab bila dah balik rumah ni, buzy la plak tolong business mama. Ngeeee~

Dari hari tu nak cerita pasal ni. Tapi asyik tak berkesempatan je. Di tambah plak dengan ketidak kesihatan yang datang menjengah tanpa di undang. Sabo... je la. Nikmat dari Allah.

Journey to the east SY bermula dari west. Ape ka?

12hb Mei 2011

Setelah mengemas barang2 ke dalam kotak, nenek letak kat stor kolej kediaman dan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap kotak. Kotak nenek semuanya ade 7 kotak beserta 1 beg roda yang besar dalam berat average 15kg, baldi dan 1 beruang besar pemeluk. Abang keje kat pejabat kolej kediaman tu geleng kepala tengok barang2 nenek yang sebegitu banyak nya. Nenek sengih. Ngeee~

Patut nya kene letak DUA kotak je. Tapi nenek bantai dengan barang2 nenek dengan banyak nya sekali. Die tanya nenek nak balik mana dan kenapa barang nenek banyak sampi macam tu sekali. Nenek bagi tau la nenek nak balik Sabah. Huhu~ Tak kan nak bawak balik naik belon barang2 tu pas tu nanti balik semula sekolah bawak barang2 tu juga. Abang tu gelak. Pastu die bagi kelulusan. Weee~ Suke nye nenek.

Pukul monster 6.30 petang tunggu bas. Bas sampi depan UMP pukul dinasor pukul 7.00 petang.

 Ni nenek. Tengah keboringan. Naik bas Plusliner. Bas dua tingkat plak tu. Nenek hanya berdoa semoga perjalanan nenek selamat hendak Nya. Tak sabar nak sampai KL. Mula2 memang dah tido. Pas tu terjaga. Nak tido balik dah tak dapat dah~ Mata nenek degil. Huhu~

Nenek tak seorang. Nenek dengan kawan nenek, Ama. Die plak balik Sarawak. Die duduk belakang. Mentang2 la bas tak penuh kan. Suka suki je nenek buat bas tu macam bas nenek. Conquer sorang dua kerusi. Hoho~ 

Kat KL kami stay kat rumah makcik kepada Ama.

13hb Mei 2011

Nenek g jalan2 dengan Ama dan dua orang lagi kawan nenek Miya dan Lis. Diorang balik Sarawak. Diorang plak stay kat rumah makcik Miya sementara tunggu beberapa hari lagi flight balik Sarawak.

Ruhama, Norlista dan Amira

Haha! Nenek dengan diorang g tengok wayang kat Suria KLCC. Wayang ape? Haha! Tengok cite Kongsi.
Overall, cite ni best sebab lawak sangat2. Ni la nama nya MUKA LEGEND, ACTION LAWAK HATI KIUT. Nak tau pasal apa? Tengok la sendiri. Buat keje jahat semua confident siap dengan mimik muka sekali. Tapi action? Cite ni yang tahu macam mana cite ni. Lu' langsi, lu' mati!

14hb Mei 2011

Nenek tak g mana2. Duduk rumah. Sebab esok nya awal pagi sebelum subuh lagi nenek nak kene g KL Central. Naik Skybus ke LCCT. Flight nenek pukul monster 7.50 pagi.

15hb Mei 2011

Nenek bangun awal giler. Pukul dinasor 3.00 pagi. Bertolak ke KL central pukul pencurik 4.00 pagi. Sampai KL Central trus naik Skybus ke LCCT. Sampai LCCT tak silap nenek pukul tak tahu nak pukul ape lagi 5.45 pagi. Kaunter check in dah buka.

Nenek blurr. Check in guna Kiosk. Drop beg kat kaunter drop beg. Dah tuka system plak dah~ Baek la. Airport ni pagi2 buta lagi dah sesak. Aduyai~ ~ ~ Baris panjang. Benda nama Kiosk tu ade 4 buah je. Sabo... je la.

Nenek bersyukur sangat2 sebab luggage nenek tak seberat yang nenek bayang kan. 13kg cuma. Huhu~ Nenek dah cuak dah. Takut terlebih 15kg. Sebab hari tu nenek beli tiket dah bayar luggage RM25 untuk 15kg. Kalau terlebih, kena la nenek bayar RM15 untuk excess luggage.

Beg yang nenek bawa duduk dengan nenek beg lappy dengan 1 lagi beg pakaian yang tak la besar sangat. Tapi tak boleh lebih dari  7kg.

Nenek masuk balai berlepas pukul jam 6.55 pagi. Nasib baik sempat. Pukul 7.10 nenek nak kene masuk belon dah. Yea~

Tempat duduk nenek 24A. Horrreeeyyyy~ ~ ~ Nenek duduk tepi tingkap.
Nenek dalam belon. Ngeee~

Belon mula nak berlepas. Selamat tinggal Semenanjung. Panjang umur insya'Allah kite jumpa lagi.

Belon kini meluncur laju di atas awan.

Andai dapat ku gapai awan2 itu. Masya'Allah! Sungguh indah ciptaan Allah.

Setelah lama berada di langit laut china selatan, kini belon telah memasuki langin negeri di bawah bayu.

Siap sedia. Nenek bersedia kerana belon dah nak landing. Yea~ Hi2 Sabah~


Alamak! Pixa tak terang la plak. Ape2 pon, alhamdulillah nenek telah selamat sampai di Terminal 2 setelah terapung selama 2 jam 30 minit.

Abah, Mama, Bibi, Acip dan Mustaqim~ ~ ~ Memeng dah sampai.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

8 comments:

  1. nk tau sumthing tak? kiter betul2 ingat awk tgh cite psl real nenek ms awal2 entry..haha :P

    ReplyDelete
  2. Zipppo bukannye ape.. 1st zippo suke bace ayat2 Nenek ni...dan buatkan zippo rase mcm tersyok wakakka....ape2 pon alhamdulillah sampai gak kat tempat di tuju tu... dlm kapal terbang leh tangkap Pic ke ? huhuh...

    cik kak zippo wat katon baru video lagi

    kesah Li: Episod gaya mutu keunggulan

    ReplyDelete
  3. @zippo
    time qaseh~
    tak tahu la boleh ke tak. banyak je orang take pixa. huhu~ tapi penggunaan peralatan elektronik seperti komputer riba, pemain MP3, radio dan telefon bimbit adalah dilarang ketika pelepasan dan pendaratan kapal terbang (tiru ayat pramugari dalam flight. haha!).

    ReplyDelete
  4. wahhh nenek..dah smpai umah..hehe

    ReplyDelete
  5. fobia naik bas...naik fligh blum penah..jakunnya haha..

    ReplyDelete
  6. @apik pehe
    weee~ yup. apik bila balik?

    ReplyDelete
  7. @zoey zau yah
    huhu~ fobia juga. tengok dalam berita.
    SY pon naik flight sebab blaja kat semenanjung dapat la naik flight.
    nanti kalau nak g honey moon dengan incik boipren, pilih la sabah. hehe~

    ReplyDelete

Karang dengan minda, jatuh ke hati hingga mengalir di jarimu.
Tulis cantik2 dan share la dengan SY k. ^^