teratak sufie

My photo
I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

28 March 2011

H1N1 atau B1N1? 1H1B la~ ~ ~

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Patut nya aku kene g cekolah tadi. Ade kelas kol 2 petang. Tengah aku bersiap2 ade kol. Tepon aku capai laju2. Junior aku yang kol. Bila aku sahut panggilan die tu, nampak nya die membawa khabar berita yang sungguh gembira. Takde kelas la~ ~ ~ So? So aku boleh lebih lama dating dengan incik lappy. Incik lappy pon sengih je. Suke la tu!

Ehem! Bila kelas batal, boleh la aku  nk buat entry baru pasal 1H1B yang mana akan memebolehkan aku men'join'kan vlog blog aku ni dalam segmen 1H1B tersebut. (Woi, skema ayat.) Weee~ Jangan la tegur.
Malu~ ~ ~ Blushing2. Terskema. Bukan sengaja. Ngeee~ ~ ~

1H1B... Nama penuh segmen ni sebenar nya 1 Hari 1 Blog.
Segmen ni hak milik sepenuh nya oleh THE FACEBLOG.

Jom review aku punya 1 Hari 1 Blog THE FACEBLOG.

NAMA AKU ::.
SUFINAH YUSSOF
Ni memang nama betul aku. Dalam erti kata lain, ni nama dalam MyCard. ^ ^

NAMA BLOG ::.
LITTLE LADY PURPLEPINK
Aku kecik je orang nya dan aku suka kaler purple dan pink. Sebab tu aku nama blog aku little lady purplepink. Ngeee~ ~ ~

TENTANG BLOG ::.
IT'S ALL ABOUT ME
Sejarah perjalanan hidup yang aku lalui sehari2. Ape yang aku suka. Ape yang aku nak kongsi. Hati aku bercakap. Semua nya tentang SUFINAH YUSSOF. ^ ^

TUJUAN AKU BLOGGING ::.
JAUH MENEROKA, LUAS PERJALANAN
Aku dapat bukan takat ramai kawan, tapi ilmu, pengalaman, gelak tawa, shopping, window shopping dan macam2 lagi yang mereka post kat blog diorang. Aku suke~ ~ ~

HARAPAN AKU PADA BLOG AKU ::.
Aku boleh update blog selalu dan ramai follow blog aku. Ngeee~ Oleh yang demikian, idea2 yang bernas lagi kreatif sila jangan la pergi meninggalkan aku dan pergi berlalu begitu sahaja. Please always stay by my side. Kalau boleh biar la blog aku ni sentiasa exist hingga hujung nyawa. Pergh~ ~ ~ Tiba2 ayat jiwang plak terkeluar.

SEDIKIT NASIHAT @ PESANAN KEPADA BLOGGER LAIN ::.
Maju la the faceblog untuk negara. Haha! Ape2 pon, blog tempat kite berkongsi dengan orang lain dialam maya. Jangan biarkan blog menjadi tempat kite menjatuhkan orang lain. Ape yang penting... (Ape yang penting keje same.) Aku tengah serius ni okey. (Okey~ ~ ~) Merajuk la tu. Nanti aku belanja eskrim. Berbalik kepada pokok persoalan tadi, RESPECT others itu PENTING. Jangan biarkan orang pandang NEGATIVE terhadap aktiviti blogging ni. Biar la blog menjadi wadah hiburan yang SIHAT kepade kite. Owh'yeah! (Angkat  sambil genggam tangan kanan, berdiri dan dongak 45 darjah ke atas.)  ( >o< )/




Jom join segmen ni jom.(1H1B THE FACEBLOG)





Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

26 March 2011

PANIC tym family outing

Assalamualaikum semua~ ~ ~ ^ ^
.
Dah lama nk buat entry pasal panic ni. Tapi asyik terbantut je keinginan tu. Tunggu gambo kat budak lelaki. Tapi sampai ke hari ini pun aku tak dapat lagi gambo2 tu dari diorang. Takpe la, gune gambo yang ade ni je la. (Gambo? Ape kene mengena panic dengan gambo?)
.
.
.
.
.
Ops! Sila jangan marah. Sebenar nya picnic. Ngeee~
.
.
.
.
.

Ni la air terjun Panching, Pahang yang aku g dengan budak kelas aku. Tarikh kejadian dah lama dah. 10hb March 2011. Tapi aku nak kongsi juga dengan korang kenagan aku di bumi Pahang ni. Tapi tarikh tu still juga masih dalam tahun ni, kan2. Masih juga still dalam bulan March, kan2. Dah masuk 4 tahun aku kat tanah Pahang ni, ni la kali pertama aku g air terjun kat sini. Kawan2 aku entah brapa ribu kali dah g. (Ermmm, nampak sangat nipu nye~ ~ ~) Tengok, pengaruh movie Hantu Kak Limah Balik Rumah lagi. Takde la sampai ribu kali kawan2 aku g. Hehe~ ~ ~ Tapi kira banyak kali juga la mereka g air terjun ni.
.
.
.

Ni pihak yang bertanggungjawab membawa aku ketika hari kejadian. Hehe~ Driver nya Keiri dan Co-Driver adalah Roti. Mereka juga merangkap bonzer aku. Haha~ ~ ~ Takde la. Tym hari kejadian, aku ade kelas. Ambik subjek tambahan dengan junior. Budak2 kelas aku semua dah g awal dah. Aku plak kelas kol 10 smpi kol 12. Keiri dengan Roti pula Reasearch Assistance untuk lecturer entah mana satu aku pun tak ingat tapi pagi tu diorang g lab. So kami bertiga datang lewat. Hehe~
.
.
.
Tym aku sampai, kelihatan roommate aku tengah terhibur memancing ikan. Comel nye mereka terhibur kan2. 



Tapi kelihatan ade ikan besar yang terdampar di atas batu itu yea~ ~ ~
.
.
.
Cuba teka ni sape. Ape? Owh... Ni adalah aku. Haha~ Sudah tentu la jawapan korang salah blake. Kat bawah ni ialah tuan punya teratak blog ni. (Jadi? Ape la beza nya?) Weee~ Jangan marah~ ~ ~ Lari laju2. 

.
.
.

Ni salah sorang photographer merangkap roommate aku. Memang sangat2 berbakat besar.
.
.
.

Ni roommate aku. Sorang lagi dah turun ke laut air terjun. Bermandi manda. Setelah mencari menggunakan tropong sakti, akher nya beliau di jumpai. Yang berada dalam kotak merah itu la beliau yea~

.
.
.
Puas mandi, posing plak. Puas posing, mandi plak. Puas mandi, posing lagi. Puas posing, mandi lagi. Dan begitu la seterusnya yea~ ~ ~ Eh! Lupe, mamam. Ngeee~ ~ ~ Kitorang wat BBQ.



.
.
.
Kira2 kol 6 petang macam tu kitorang pun balik la. Pak Cik Ranger pun dah datang sebab nak ingat kan masa untuk air terjun tu buka dah tamat... Selamat tinggal Panching~ ~ ~ 
Panjang umur, inya'Allah kite jumpe lagi k. ^ ^




Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

24 March 2011

Soalan cepu cemas

Assalamualaikum semua~ ~ ~


Kali ni aku nk kongsi teka teki dengan korang semua. Tapi nak kata teki bukan, nak kata bukan teka teki pun bukan. Jadi ape? Jadi orang. Hahahahahahahahahaha~ ~ ~ Jangan marah k. Nanti kene jual. Hah! Ni pegarauh cerita P. Ramlee la ni. Haish!


Okey ye murid2. Murid2?! Ngeee~ ~ ~ Okey, kat bawah ada empat soalan BONUS dan satu soalan CEPU CEMAS EMAS. Korang kene jawab laju2. Korang tak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OKEY?


Ceh! Macam la aku boleh tau korang jawab lambat ke cepat. Kan2. Macam la aku boleh tau korang ambik masa yang extrem untuk jawab soalan ni. Ape la. Haish~ ~ ~

On your mark. Get set. Ready?~ ~ ~ Go!

Soalan Pertama:   

Korang menyertai perlumbaan. Korang mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?
Bila dah ada jawapan, sila scroll bawah. ^ ^


.
.
.
.
.
Jawapan:

Kalau jawapan korang tempat yang pertama, mesti la jawapan korang SALAH. Kalau korang memotong orang kedua mesti la korang dah ambil tempat die, tempat kedua! 

Cer try jangan tengok atas semula untuk soalan seterusya. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi 
jangan  ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama. Okey?  

.
.
.
.
.
Soalan Kedua: 

Kalau korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi korang di tempat?
Scroll bawah bila korang dah ada jawapan untuk soalan ini. ^ ^
.
.
.
.
.
Jawapan:

Kalau jawapan korang tempat kedua terakhir, sudah semestinya korang salah lagi. Sape yang terakhir, macam mana korang boleh memotong orang yang terakhir?

Baik. Soalan seterusnya menguji ilmu kira2.
.
.
.
.
.
Soalan Ketiga: 

Soalan kira2 bermuslihat! Perhatian: Sila gunakan fikiran 
sahaja. Jalan kerja, rumus dan assumption tidak perlu ditunjukkan. Oleh yang demikian, sila jangan guna kertas dan pensil. Penggunaan segala jenis mesin kira2 juga adalah dilarang. Hahahahahahahaha~ ~ ~ Owh Em Giey~ ~ ~ Ayat aku ter sangat2 skema. 
.
.
.
.
.
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30Campur lagi 1000Campur lagi 20Campur lagi 1000Campur lagi 10Berapa kah jumlah semua?
Dah siap kira, jom scroll bawah tengok jawapan. ^ ^
.
.
.
.
.
Jawapan:

Jawapan korang 5000?
.
.
.
.
Ya! Sudah tentu jawapan korang adalah salah. Jawapan sebenar adalah 4100.
Kalau korang tak percaya guna mesin kira2! Mungkin ini bukan hari korang. Ceh, berfalsampahsafah plak aku. Ngeee~ Okey2. Jangan merungut. Ade satu lagi soalan. Mana tau korang boleh jawab soalan ini dengan betul lagi tepat. Yah! Soalan keempat dibuka sekarang. Jeng, jejea..........ng!
.
.
.
.
.
Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis:
1. Nana
2. Nene
3. Nini
4. Nono.
Apekah nama anak gadisnya yang terakhir?
Mesti laju je korang jawap. ^ ^
Jom tengok jawapan jom.
.
.
.
.
.
Adekah jawapan korang Nunu?
Salah! Sudah tentu Salah. 

Namanya Mary. Baca balik soalan! ^ ^
.
.
.
.
.
Okey. Now is tym for soalan cepu cemas. Ops! Soalan cepu emas. Hehe~ Jom kite tengok macam mana soalan nye berbunyik.
.
.
.
.
.
Soalan nye berbunyik begini.


Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia dengan jayanya telah membeli berus gigi itu. 

Seterusnya, sorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu agar hasratnya tercapai?


. . . . . . . . . . (Suasana hening senyap seketika)

Dah bersedia dengan jawapan? The answer is...
.
.
.
.
.
Tada~ ~ ~ Dia datang kepada pekedai dan... Dan... Dan hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajatinya. Yea~ ~ ~ ^ ^


Have a nice day my readers. ^ ^



Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

18 March 2011

komuniti blogger terunggul

Assalamualaikum~ ~ ~
Pon, pe pon, pe pon, pon pon~ ~ ~ Lain je bunyi trompet tu. Takpe la. Janji ade sipi2 bunyi trompet. Kehadapan pembaca blog patik, moga sihat2 blake. Tujuan patik menaip entry baru ini adalah utuk memberitahu kepada pembaca sekalian bahawa patik telah pon men'join'kan blog patik ini kat PESVLOG FACEBLOG. So kepada pembaca2 blog patik yang mempunyai blog, tuan2 hamba sekalian adalah dijemput untuk menyertai. Sape2 nak join, tak perlu angkat tangan macam saya (ni pengaruh cite Hantu Kak Limah Balik Rumah la ni. Adoi~ ~ ~). Cuma perlu klik [Link]. Keje mudah ye~ ~ ~ Tak pedih kan mata.
.
.
.
Kepada yang nak join, ade ucapan special untuk tuan2 hamba sekalian:

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit





Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni: 

12 March 2011

PESANAN buat si dia, tolong SAMPAIKAN pada nya~




Assalamualaikum~

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. 

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. 
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. 
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. 
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. 
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...






Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Saat ini, andai kau menyayangiku dan kasih sayang itu sudah limpah, limpahkan ia pada Dia Yang Maha Esa kerana aku belum layak menerimanya kerana aku masih milik keluargaku. Aku terpikat dan cinta kerana iman yang ada pada dirinya. Andai iman itu sudah tiada pada dirinya, maka cintaku untuk dirinya juga telah tiada.

Ya Allah, andai telah ditetapkan di luh mahfuz, seorang insan yg bisa menjadi pendampingku.. Engkau temukanlah aku diatas landasanMu, Engkau ciptakanlah dia yang bisa menerimaku. Yang bisa melabuhkan cintanya pada Mu. Andai tiada insan bagiku biarlah cintaMu mengiringi ku.


10 March 2011

aku menyesal kawen.....

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata tak hensem la, tak kemas la.. Tak potong kang dia tak nak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah takyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. Tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
.
.
.
.
.

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Sekarang ni tengah sakit kepala. Sebab siang tadi g picnic dengan budak kelas sampai nak ke petang. Dalam kol 5 stengah petang macam tu baru bersiap nak balik. Ish, ish, ish~ ~ ~ Ganas sungguh.
Dengan itu suka cita mengisytiharkan bahawa, patik nak tido awal sikit malam ni. Awal la sangat. Awal beberapa minit je pon~ ~ ~ Ala~ ~ ~ Jangan la cakap kuat-kuat. Malu ~ ~ ~

Tadi buka facebook. Ade budak kelas share cite. Hah! Aku kalau bab2 macam ni, kalau aku suka, aku pon nak share juga cite tu kat korang. Betul kan. Macam korang tak tahu aku. Hoho~ Di ingat kan sekali lagi ye, cite ni takde kaitan dengan aku dan bahawasanya, cite ni bukan juga aku yang karang. Okey! Jangan salah faham plak. Ini adalah sharing aku untuk korang yang aku minta share dari tuan punya karangan cite ni. Tuan punya karangan juga berkata bahawa cite ni takde kaitan juga dengan die. ^ ^

08 March 2011

omo omo omo~ otokei oppa~ ~ ~

Assalamualaikum semua~ ~ ~
안녕하세요 (Annyeonghaseyo) ~ ~ ~ Maksud nya hello. Tu dalam bahasa korea. ^ ^
Saja nak kongsi dengan korang. Macam tak tahu, aku kan suke menulis... Hep,ape pula tulis. Taip la. Owh~ Yea2. Taip. Aku kan suke menaip untuk tatapan korang. Nak kongsi dengan korang. ^ ^
.
.
.
.
.
Tada~ ~ ~


Hah! Korang mesti pernah dapat hadiah kan. Tak qesah la hadiah tu besar atau kecik kan. Janji hadiah. Best dapat hadiah. Allah je yang tahu macam mana perasaan dan hati tu bila dapat hadiah kan. Pssttt~ ~ ~ Gambar tu bukan aku punya hadiah. Tu gambar aku dapat dari incik google. Terima qaseh kepada penaja setia, incik google.

Mesti korang dapat hadiah dengan cara yang berbeza-beza kan. Ade dapat hadiah trus macam tu je. Ade yang kene gimik. Ade yang kene macam2 lagi la kan. Tapi ni aku nak cite pasal soarang artis fav aku dari korea ni. Hah! Cube korang teka sape? Teka, teka, teka (Macam upin dgn ipin sebut betul, betul, betul). Siapa kah beliau? Hehe~
.
.
.
.
.
Mesti ramai yang kenal punya la.


Leeteuk (Leader Super Junior): Hana, dul, set! (One, two, three!) Uri, Super Junior yea! (Kami, Super Junior!)
^ ^

Mereka ni tengah busy wat Super Show 3 (Super Junior The 3rd Asia Tour) dan yang terbaru mereka wat Super Show 3 kat Shanghai. Baru je lepas. Sabtu baru ni la. Malam ahad. Super Show 3 kat Malaysia tak lama lagi. Ada dalam tinggal 10 hari lagi. Hah! 19 MARCH 2011 ni la. Cepat2. G dapat kan tiket dengan segera. AirAsia pon ade jual tiket untuk Super Shom 3 mereka ni. Tapi~ ~ ~ Aku dengar tiket yang paling murah pun dah lama dah habis. Kalau tiket tiket paling mahal RM480. So agak2 tiket yang palling murah tu berapa la harga nye ye~ RM220. Bagi aku yang bergelar student ni, RM220 tu pon aku dah rasa mahal tahap dewa dah. Hukhuk~ ~ ~ T_T
Kalau study kat area KL takpe juga. Boleh dipertimbangkan lagi. Ni aku study kat Gambang, Kuantan, Pahang. Tapi takpe. Sekarang ni kan dunia dah canggih. Haha~ Maklumat dihujung jari. Youtube pon ade juga. Haha~ Lalalalalalalalalalalalala~ ~ ~

Ape2 pon~ Aku tak g Super Show diorang ni. Aku just tengok kat youtube je. Puas hati la juga. Sebab ape? Hah! Ni la yang kite nak tahu sekarang ni. Sebab dalam video dekat. Kalau duduk kat dalam Super Show tu, tak nampak sangat. Lagi2 kalau dapat sit yang jaoh2 gile kentang. Huhu~ Tapi ini bagi aku la. Kepada korang yang g tu, tahniah aku ucap kan. ^ ^

Ok. Nak dijadi kan cerita.
.
.
.
.
.

Hek! Apesal tetibe je kluo pixa ni plak? Hah~ ~ ~ Ni Kim Hee Chul. Panggil Heechul je. Salah seorang dari group Super Junior tu la. Mesti korang nak tahu kan nape dalam ramai2 diorang 13 orang tu aku cite pasal die ni plak. Hah~ ~ ~ Cer cite, cer cite. Memang nak cite la ni.

Kan aku ade bagi tahu kat atas tadi yang diorang baru je selesai Super Show 3 kat Shanghai. Ni pasal Super Show 3 diorang kat Shanghai baru ni.
.
.
.
.
.

Pergh~ ~ ~ Berterabur hadiah kat atas pentas dari fan. Eh, nape dengan Heechul tu?
.
.
.
.
.

Yark, dush! Omo omo. Otokei, Otokei (What to do). Aigoo (Owh my god)~ ~ ~
.
.
.
.
.
Hah! Ape sebenar nya yang telah berlaku?
Owh~ ~ ~ Cite nye berbunyik macam ni, ade sorang peminat Heechul ni. Die nak bagi hadiah yang die dah prepare kat Heechul. Tup2, tym die baling tu, terkene pula kat buka Heechul ni. Kesia~ ~ ~ n.
.
.
.
.
.

Ni la die detik2 dimana kejadian tersebut berlaku. Skema nya ayat aku.

Lepas kejadian ni, memang muka die muka yang takde mood. Jangan die cancel datang Malaysia 19hb ni, ar sudah. Nanti aku takde mood nk tengok Super Show 3 tu. Huhu~ ~ ~ T_T

Roomate aku, Amira, die bagi tau kat aku, fan yang terbaling hadiah kat muka Heechul tu rasa sedih sangat2 dengan ape yang berlaku. Die fan kepada Heechul ni.  Die post kat facebook weibo. Die minta maaf sangat2. Die kata die tak sengaja. Die menyesal sangat2. Ermmm~ ~ ~ Kalau dah ramai2 macam tu, bersesak-sesak, nak bagi hadiah, silap sikit, terbagi kat muka pula.

Ape2 pon, semoga Heechul cepat sembuh. Nanti datang Malaysia dengan wajah yang ceria k. ^ ^
Silky Milky Kim Hee Chul. Sarangeyo Kim Hee Chul (Moto fan Heechul). ^ ^
Super Junior, aja2, fighting!     \ ^ ^ /