teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

04 March 2011

WANITA cantik yang suka Menangis

Assalamualaikum semua~ ~ ~
.
Hari ni hari jumaat. Aku memang tak g cekolah kalau hari jumaat. Hoho~ Bukan sebab poteng ok. Tapi dah memang dalam jadual kelas aku hari jumaat takde kelas. Jangan jelez k. Tapi hari jumaat ni sinonim juga la dengan kelas ganti. Ah kenapa kelas ganti? Hah! Ini la yang aku nk bagi tau ni. Kadang2 tu lecturer ade hal. Kadang2 tu lecturer ade meeting. Kadang2 tu lecturer cuti. So hari jumaat ni la jadi peng'cover' nye. Slalu nya memang free je la memanjang hari jumaat ni. Pas tu sabtu cuti. Ahad pun cuti. Wah~ ~ ~ Memang berbaloi-baloi aku cuti. Hahahahahahahahaahahahahahaha~ Lagi sekali, jangan jelez k. Hehe~

Ermmm~ ~ ~ Korang pernah nangis tak? Ape? Tak pernah? Erm, nampak sangat nipu nye. Ni penangan cite Hantu Kak Limah Balik Rumah la ni. Terikut-ikut dialog si Usop. Hoho~






Dulu tym korang baby mesti slalu nangis kan~ ~ ~ Hah! Macam mn? Tak nak ngaku lagi?






Wanita slalu nya akan dikaitkan dengan 'air mata'. Kenape ye? Aku pun sebenar nya tak tahu walaupun aku seorang wanita.

Tapi bagi aku sape2 pun boleh nangis. Lelaki ke, pempuan ke. Sebab tiap2 manusia Allah dah kurniakan air mata. Bagi aku juga, menangis tak semesti nya die lemah. Tapi menangis jadi sumber kekuatan. Lepas nangis, mesti akan rasa cool down. ^ ^

Apa yang aku nak kongsi kan sebenar nya untuk korang semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni ialah tentang bahasa air mata seorang wanita. Aku jumpa artikel ni kat facebook. Kawan aku share. Skarang aku nak share kat korang pula. ^ ^
.
.
.
.
.

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?'
'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.
Anak itu menggelengkan kepala tanda tidak faham.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kamu tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'
'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'    
Allah berfirman,
'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh '
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya '
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya '
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat dimana cinta itu ada.'
Selami lah hati wanita mu…
Dan ingatlah...
Setiap Wanita itu Cantik.

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
Jadi macam mana kalau lelaki yang menangis?
Itu bererti ada kelembutan pada kekerasan hati seorang lelaki~ ~ ~ ^ ^

No comments:

Post a Comment

Karang dengan minda, jatuh ke hati hingga mengalir di jarimu.
Tulis cantik2 dan share la dengan SY k. ^^