teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

28 June 2013

kerana hati mu teguh bersama Pencipta

Assalamualaikum dan salam penghulu hari

entah kenapa
bila sendirian mesti akan termenung akan perjalanan hidup
yang sejak akhir2 ni sangat menyedihkan
mesti automatik sebut
Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah Halazim
ikut melodi dalam zikir terapi diri by Hafiz Hamidun

hati mesti diruntun sayu
terima qaseh ya Allah
kau detik kan hati insan untuk merakam kan zikir seperti itu
agar lebih ramai bisa menfaatkan nya
lebih2 lagi orang seperti ku
terima qaseh ya Allah
dalam kesedihan aku memilih Mu
berbanding jalan pendek yang bisa merosak kan diri

owh my my~
bukan nak berjiwang ke hape
saja ambik mood penghayatan d hari jumaat ni kan
hehe

dalam melewati hari2 yang di lalui
cewah
saster agak bernada skema di situ ya
ada la satu hari tu
tengah layan fb
SY terbaca status seorang sahabat fb
SY tertanya2
hek! dia tahu ke pasal SY???
kazen dia cite kat dia ke???
alahai~
tu kan fb
berapa ramai kawan2 dia
kan2
tak payah nak over sangat macam untuk kau
tapi~
status dia sangat2 terkesan di hati SY
mungkin bukan untuk SY
tapi SY sangat2 terasa
pembetulan ye
bukan terasa yang kecik hati tu okey
terasa macam dia tujukan buat SY
sebab apa yang dia tulis sama dengan apa yang SY buat
hape la
perasan lagik

apa2 pun
terima qaseh ya Allah
kirimkan dia yang menulis tu
kata2 yang memberi kekuatan

kata nya macam ni

Awak...
ya, awak yang tengah baca ni
saya tahu, jauh di sudut hati awak
ada rahsia yang tersimpan
ada tangisan yang tersembunyi
ada harapan yang terlukis terang

Namun di situ
awak memilih untuk senyum
awak bertahan dalam diam
awak yakin dengan doa

Tapi saya percaya di sebaliknya..
awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti
awak menangis dihadapan-Nya yang jauh lebih memahami
awak serahkan hati awak sepenuhnya hanya untuk DIA

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya
kerana hatimu teguh bersama Pencipta…
. . . . . . . . . .



PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA, FREE PALASTINE

20 May 2013

origami: kusudama butterfly

Assalamualaikum
dan salam berjumpa lagi
entry adalah kesinambungan dari entry sebelum ni
pergh!
skema ayat

this tym kite tengok macam mana nak buat kusudama butterfly
rupa paras bentuknya sejibik seperti ini

seperti biasa
origami kene guna kertas bentuk segi empat sama
ikut la nak guna kertas warna atau kertas corak2
as long as u are happy kan
hehe

Sediakan waterbomb base. Jangan kata bom apekah ini. Mau tak bom, habis jadi abu la kertas tu. Huhu~ Ia salah satu lipatan asas dalam origami. Lepas tu boleh la men“start” buat kusudama butterfly.

Ambil 1 layer dari sebelah kanan dan lipat ke sebelah kiri. Maka sebelah kiri ade 3 layer dan kanan hanya ada 1 layer. Jangan buat apa2 ada bahagian kanan. Lipatan bermula pada bahagian kiri untuk layer yang pertama.

ok. untuk yang seterusnya, biarkan hanya gambar yang berbicara. macam tulis novel pulak dah hah. . .
ikut je step dalam gambar k.




Siap untuk layer yang pertama. Terus kan untuk layer kedua dan ketiga.

Siap untuk semua layer. Biarkan layer di bahagian kanan tadi.

Buka semua lipatan yang telah di lipat tadi. Tekan ke bawah pada bucu seperti dalam bulatan garis putus2 berwarna merah. Ada 3 layer yang mempunyai bekas kesan lipatan. Itu adalah layer 1, 2 dan 3 tadi.

Fokus pada layer 1.

Tolak ke dalam pada yang di tunjukan anak panah.

Dah jadi untuk layer 1.

Teruskan dengan layer 2 dan 3. Jadi la 1 kelopak. Buat hingga 5 kelopak.

Letak gam pada bahagian yang ada anak panah hitam. SY guna UHU STICK je. Lekatkan semua 5 kelopak. Nak guna gam cap dinasor ??? Pon voleh. Lekat tanpa ragu2. Haha~ Bergurau.

Jeng je jeng~ Dah siap dah. Kusudama Butterfly.

SELAMAT MENCUBA

PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA AND FREE PALESTINE








origami: waterbomb base

Assalamualaikum
dan salam berorigami
???
setujukan je la. . .

kali ni nak cerita pasal origami
origami ade beberapa jenis lipatan asas
lipatan asas dalam origami ni penting
kerana ia adalah permulaan kepada sesuatu origami
contoh nya nak buat origami flower
nak mula kene gunakan lipatan asas
SY nak kongsi salah satu nya
iaitu
WATERBOMB BASE
bom???
eh2
sila jangan takut
sila jangan salah faham
hujung nama je ganas
tapi takde ganas mana pon
juga tidak mengandungi unsur2 ganas

ikut suka korang nak guna kertas kaler macam mana
tapi make suke kertas yang korang guna adalah segi empat sama
dalam ni SY guna kertas pembalut hadiah yang SY dah potong ikut saiz yang SY nak

orite
jom start jom

1.     Bahagian hadapan kertas origami.
2.     Bahgian belakang kertas origami.

Lipat ke kanan (ke kiri pon voleh). Lipat sama besar k. Buka lipatan. Lepas tu lipat ke bawah (ke atas juga voleh). Lipat sama besar juga. Buka semula lipatan.

Sekarang lipat pula ikut garisan diagonal. Buka lipatan dan lipat ikut garisan diagonal yang satu lagi. Lepas tu buka lipatan.

Kertas dah ada bekas kesan lipatan. Tolak bahagian yang di tunjukan dalam gambar 2. Tada~ Waterbomb base dah jadik.


SELAMAT MENCUBA

PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA AND FREE PALESTINE


16 May 2013

Bulan SEPARUH???

Assalamualaikum
dan salam hari khamis
tajuk entri adalah Bulan Separuh
hah!
ni dah kenapa dengan Bulan Separuh plak ni hah~
sebenar nya ini adalah gimik persembahan pentas SY
persembahan pentas la sangat~

memandangkan SY dengan adik dah bz sekarang ni
adik SY pon dah tak duduk kat rumah dah
sebab die keje jaoh
SY pon ade komitmen lain
dalam misi nak berpindah ke tempat orang juga
dalam erti kata yang lebih tepat
merantau. . .

SY nak lelong tudung Half Moon
harga: RM 25 termasuk pos
harga untuk dua helai dan keatas: RM20 / each termasuk pos
harga sangat murah dan berpatutan

jemput ke teratak BUTIK SUFI untuk lebih informasi
SELAMAT MEMBELI

26 April 2013

aku telah DILAMAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Salam penghulu hari

entry kali ni tak ada gambo

tet

titik

macam garang je bunyi nye kan

maafkan SY kalau itu berbaur garang

sebenarnya tak tahu nak tampal gambo ape

tak apa la

sekali skala tak ada gambo

bukannya slalu
(ye la tu. . .)

nak kongsi ni

pengisian d kala malam bulan mengambang Jumaat

ingatkan nak edit bubuh masuk dalam gambar

tapi macam ni pon tak ape la kan

^_^

Aku telah dilamar malaikat maut
Aku bakal bernikah dengan kematian
Aku bercerai dengan dunia yang aku kejar
Maharku adalah nazak dan kain kafan
Pelaminku diwangikan dengan gaharu cendana
Disitu aku akan diarak dengan laungan azan
Berakhadkan talkin
Berwalikan liang lahad
Bersaksikan nisan
Dan malam pertamaku diserikan dengan Munkar Nakir

P/s: Ya Allah, sesungguhnya yang paling jauh dengan hamba Mu ini adalah masa lalu. Dan yang paling dekat adalah kematian.

P/s: Selamat menunaikan solat Jumaat muslimin sekalian. . .

PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA AND FREE 
PALESTINE

29 March 2013

terima qaseh sedarkan saya

Assalamualaikum
dan salam penghulu hari

entry kali ni nak tampal ini
siap guna gam cap dinasor


pada saat dan waktu ketika ini
kene tingkatkan pelaburan sabar
bersangka baik pada Allah
berdoa
minta pada Allah
pertolongan Allah tidak cepat atau lambat
tapi pertolongan Allah sentiasa tepat pada masanya
kesudahan yang baek adalah bagi orang2 yang selalu sabar


p/s: terima qaseh. . . sedarkan saya. takdir Allah tiada yang mampu menghalangnya.


PRAY FOR SABAH

PRAY FOR GAZA


04 March 2013

JANGAN UPDATE DI FACEBOOK ATAU MANA-MANA MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum
dan salam 1 Malaysia

tahukah anda???
sebenarnya. . .
ANDA ADALAH PEMEGANG AMANAH NEGRA

kenapa SY berkata sebegitu rupa???
ni nak bagi tahu dengan korang semua
dengar. . .
dengar. . .
dengar!
yang jauh datang dekat
yang dekat mari rapat
SY bukan nak jual ubat ye
SY cuma nak sampaikan kepada anda semua

sila beri perhatian
kerana anda adalah???
PEMEGANG AMANAH NEGARA
yup betul!
KITA SEMUA MEMEGANG AMANAH NEGARA


NASIHAT DARI PDRM (PLEASE SHARE)

Tolong pesan dengan orang lain. Tolong jangan update dekat facebook atau mana2 media sosial yang sewaktu dengan nya kalau ternampak polis dan ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana. PERCUMA PENCEROBOH DAPAT INFO!!! Senang2 diorang serang. Mereka sedang memerhati. KEPADA RAKYAT SABAH, tolong jangan sebarkan maklumat atau di mana2 sekalipun apa yang anda nampak tentang polis dan ATM lakukan di Sabah. Apa yang anda nampak itu adalah RAHSIA PERTAHANAN NEGARA. Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan. Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Secara tidak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada penghianat negara. Sekarang ANDA JUGA MEMEGANG AMANAH NEGARA DENGAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT. PEGANG AMANAH ITU ERAT2. TOLONG SEBARKAN.

sabahtech:
rasanya update pasal info berapa orang yang terkorban itu tiada masalah. atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah. cuma jangan update info yang berkaitan dengan gerakan PDRM dan ATM di luar sana.

INGAT!
APA YANG ANDA NAMPAK ITU ADALAH RAHSIA PERTAHANAN NEGARA.
ANDA MEMEGANG AMANAH NEGARA DENGAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT.
PEGANG AMANAH ITU ERAT-ERAT.

kalau kita tidak mampu berada di tempat mereka dan berjuang bersama-sama mereka
berjuang la dengan mendoakan keselamatan mereka dan negara kita
berjuang la dengan tidak menyebarkan maklumat tentang gerakan PDRM dan ATM
semoga Allah melindungi pejuang2 negara dan Malaysia
amin yang Allah

kepada anggota yang terkorban
Al-fatihah kepada yang beragama Islam
salam takziah kepada yang bukan beragama Islam

PRAY FOR SABAH
SAVE MALAYSIA AND FREE SABAH

PRAY FOR GAZA
SAVE GAZA AND FREE PALESTINE

24 February 2013

dikala pada suatu chenta dahulu

Assalamualaikum
dan salam hujung minggu

korang pernah mengimbau zaman dikala korang budak2 dahulu???
kalau teringat mesti tersenyum
SY teringat pon boleh senyum lebar selebar lebar nya

agak metafora di situ ye
abaikan
nak kata senyum sampai telinga sebenarnya
aduhai. . . sabo kan je la

bila dan matang ni, pergh! matang tu
matang ke???
bila dah beso panjang ni bila teringat ade kejadian yang agak tak berapa betul tu
kata kat diri sendiri 'kenapa la aku buat macam tu?', 'tak sangka aku buat macam tu'
hahahahahahahaahahaha

ok
tanpa membuang masa lagi
mari kita teruskan dengan berbalik kepada topik sebenar perbincangan kita pada hari ini
'PADA SUATU CINTA DAHULU'
haip! ape pula?
pembetulan ye
'PADA SUATU KANAK2 DAHULU. . .'
tersebutlah kisah
  • bila cikgu suruh buat lukisan pemandangan atau suasana desa atau tajuk bebas, mesti nak lukis dua buah gunung ganang. Lukis matahari di pertemuan antara dua gunung. Disertakan dengan lukisan awan plak tu. Dan burung macam huruf 'V' terletak di situ. Pastu lukis petak2 sawah yang menunjur dari kaki gunung tersebut. Nak2 lagi siap bubuh orang2 kat petak sawak tu. Kat tepi bahagian bawah kertas lukisan lukis sebijik rumah.
lalalalalalalala~ lukisan dah siap. dah boleh hantar dengan condifent confident nye kat cikgu.

  • berpendapat bahawasanya hati yang kat dalam badan ni adalah berbentuk, Hati???
entah dah skolah darjah brapa baru tahu hati sebenarnya bukan bentuk macam ni.

  • tutup pintu peti sejuk dengan sangat perlahan-lahan sambil tengok dari celah pintu peti sejuk yang belum tertutup rapat tu, hanya sekadar nak tengok lampunya terpadam. Alahai~
entah ape2 entah la SY ni. takde keje lain. kalau mama nampak, mesti kene sergah. terkejut. kus smangat.

  • cuba menyeimbangkan suis lampu, antara on dan off.
tak. bukan SY yang buat. tak tahu sape yang main.
mau tak bising mama bila SY buat keje bahaya macam tu.
boleh terkena renjatan elektrik. jangan tiru aksi yang SY cakapkan tu.

  • ade orang milo datang sekolah dengan lori milo. Dapat milo free. Weee~
yes! pakcik milo datang lagi dengan lori milo nya.

  • masa naik kereta nampak bulan. Kecoh dengan adik2. Kata bulan ikut kita. Adoyai~
tengok. . . bulan tu ikut kite. . .
keterujaan yang tak hengat dunia. riuh rendah jadi nya.

  • susun kusyen, lepas tu duduk dalam tu. Main dengan adik2. Main rumah2, ade juga main perang2.
nampaknya keadaan dalam terkawal.
musuh kelihatan sedang leka memasak di dapur.
tengahari nanti, kita serang beliau.

  • letak muka depan kipas yang terpasang. Mula2 speed 1, keluarkan suara 'aaaaaaaaaaaa'. Oleh kerana ter'exited'kan dek mendengar suara yang berubah menjadi robot, tekan dan mula bersuara. Makin exited, tekan samapi entah speed yang keberapa. Wei2, agak2 la kalau nak metafora pon kan. Macam la speed kipas sampai berpuloh2 macam dalam game lumba tu. Mau tak terbang rumah kerana speed kipas yang agak melampau di situ lajunya. Paling2 pon sampai speed 3 atau 4 je. . .
aik! ni robot ko otomen???

  • suka sangat makan ais pop. Bila dapat ais pop yang belum keras, laju2 masukan dalam peti sejuk bahagian atas. Kat sejuk beku. Jadi la pelawat peti sejuk yang setia. Tak sabar punya fasal la ni. Bukan SY yang salah k. Beli kat kedai runcit lagi cepat dapat makan, sebab tuan kedai ade jual yang dah keras. Hoho~ Bila masa nak makan tu, patahkan kat tengah2. Siap angkat lutut dan patahkan kat lutut. Hah! Amekaw! Lutut tu. Haha~
pilihan qolbu semestinya yang pink dan purple.
tak habis2 kaler tu jugak. dari kecik sampai ke beso.
tabahkan je la. . .


macam tu la hikayatnya. . .
setakat ni tu je la yang SY ingat
korang pula macam mana?
ke ade pengalaman kite sama kan
walaupun sama, tapi rasa nya berbeza-beza kan
sekian dari SY untuk kali ini

'SAVE GAZA, FREE PALESTIN'