teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

24 March 2011

Soalan cepu cemas

Assalamualaikum semua~ ~ ~


Kali ni aku nk kongsi teka teki dengan korang semua. Tapi nak kata teki bukan, nak kata bukan teka teki pun bukan. Jadi ape? Jadi orang. Hahahahahahahahahaha~ ~ ~ Jangan marah k. Nanti kene jual. Hah! Ni pegarauh cerita P. Ramlee la ni. Haish!


Okey ye murid2. Murid2?! Ngeee~ ~ ~ Okey, kat bawah ada empat soalan BONUS dan satu soalan CEPU CEMAS EMAS. Korang kene jawab laju2. Korang tak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OKEY?


Ceh! Macam la aku boleh tau korang jawab lambat ke cepat. Kan2. Macam la aku boleh tau korang ambik masa yang extrem untuk jawab soalan ni. Ape la. Haish~ ~ ~

On your mark. Get set. Ready?~ ~ ~ Go!

Soalan Pertama:   

Korang menyertai perlumbaan. Korang mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?
Bila dah ada jawapan, sila scroll bawah. ^ ^


.
.
.
.
.
Jawapan:

Kalau jawapan korang tempat yang pertama, mesti la jawapan korang SALAH. Kalau korang memotong orang kedua mesti la korang dah ambil tempat die, tempat kedua! 

Cer try jangan tengok atas semula untuk soalan seterusya. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi 
jangan  ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama. Okey?  

.
.
.
.
.
Soalan Kedua: 

Kalau korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi korang di tempat?
Scroll bawah bila korang dah ada jawapan untuk soalan ini. ^ ^
.
.
.
.
.
Jawapan:

Kalau jawapan korang tempat kedua terakhir, sudah semestinya korang salah lagi. Sape yang terakhir, macam mana korang boleh memotong orang yang terakhir?

Baik. Soalan seterusnya menguji ilmu kira2.
.
.
.
.
.
Soalan Ketiga: 

Soalan kira2 bermuslihat! Perhatian: Sila gunakan fikiran 
sahaja. Jalan kerja, rumus dan assumption tidak perlu ditunjukkan. Oleh yang demikian, sila jangan guna kertas dan pensil. Penggunaan segala jenis mesin kira2 juga adalah dilarang. Hahahahahahahaha~ ~ ~ Owh Em Giey~ ~ ~ Ayat aku ter sangat2 skema. 
.
.
.
.
.
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30Campur lagi 1000Campur lagi 20Campur lagi 1000Campur lagi 10Berapa kah jumlah semua?
Dah siap kira, jom scroll bawah tengok jawapan. ^ ^
.
.
.
.
.
Jawapan:

Jawapan korang 5000?
.
.
.
.
Ya! Sudah tentu jawapan korang adalah salah. Jawapan sebenar adalah 4100.
Kalau korang tak percaya guna mesin kira2! Mungkin ini bukan hari korang. Ceh, berfalsampahsafah plak aku. Ngeee~ Okey2. Jangan merungut. Ade satu lagi soalan. Mana tau korang boleh jawab soalan ini dengan betul lagi tepat. Yah! Soalan keempat dibuka sekarang. Jeng, jejea..........ng!
.
.
.
.
.
Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis:
1. Nana
2. Nene
3. Nini
4. Nono.
Apekah nama anak gadisnya yang terakhir?
Mesti laju je korang jawap. ^ ^
Jom tengok jawapan jom.
.
.
.
.
.
Adekah jawapan korang Nunu?
Salah! Sudah tentu Salah. 

Namanya Mary. Baca balik soalan! ^ ^
.
.
.
.
.
Okey. Now is tym for soalan cepu cemas. Ops! Soalan cepu emas. Hehe~ Jom kite tengok macam mana soalan nye berbunyik.
.
.
.
.
.
Soalan nye berbunyik begini.


Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia dengan jayanya telah membeli berus gigi itu. 

Seterusnya, sorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu agar hasratnya tercapai?


. . . . . . . . . . (Suasana hening senyap seketika)

Dah bersedia dengan jawapan? The answer is...
.
.
.
.
.
Tada~ ~ ~ Dia datang kepada pekedai dan... Dan... Dan hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajatinya. Yea~ ~ ~ ^ ^


Have a nice day my readers. ^ ^



Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

2 comments:

  1. yea2. nape cik zoey? ade ape2 yg blh sy bantu?(muka gelabah,nada risau.haha~)

    ReplyDelete

Karang dengan minda, jatuh ke hati hingga mengalir di jarimu.
Tulis cantik2 dan share la dengan SY k. ^^