teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

29 May 2011

tragedi, die Adult ke?

Assalamualaikum semua~

Owh ye~ Lupe nak buat kenyataan disini. Patik penyimpan mohor Little Lady Purplepink dengan ini mengisytiharkan esok perang.

Ops! Salah la plak. Patik dengan ini mengisytiharkan bahawa dengan ini di umum kan patik akan membahasakan diri patik sebagai SY. SY stand for saya. Yer! Memang la saya. Namun sesungguhnya SY itu adalah Sufinah Yussof. Tapi macam biasa, nenek tetap nenek kan. Haha!

Kali ni nenek nak cite la pasal nenek g tengok wayang yang sungguh tragis dengan geng keras nenek ye.

Lokasi pertama ialah panggung wayang kat East Cost Mall. Orang2 kat kuantan panggil ECM.

Masa tu nak tengok cite Mechanic.

Dah tiba waktu, masuk la nenek dengan batalion nenek. Batalion konon. Walhal, kami hanya berlima. Sabo je la dengan kerenah nenek ni k. Masa kat tempat nak bagi tiket, orang tu tanya nak tengok MyCard nenek.

Orang Tiket: Nak tengok MyCard (Sambil senyum kat nenek)
Nenek: Hah! (Muka nenek blur. Sebab die mintak MyCard nenek sorang je. Tak pula die minta MyCard satu batalion nenek.)

Nenek ingat die saje nak melawak. Saja nak beramah dengan pelanggan. Tym tu batalion nenek dah nak naik tangga. Nenek pon slumber je menyusul ke arah batalion nenek.

Pak Cik Tinggi Beso: MyCard! (Dengan suara die yang agak tegas)

Tym tu baru setapak dua nenek melangkah.  Nenek pun berundur kebelakang dan bagi kat orang tiket tadi. Die tengok depan nombor MyCard nenek. Pas tu die kembalikan kat nenek. Pas kata time qaseh nenek menuju tangga. Batalion nenek menunggu kat tangga sambil gelak.

Korang bayangkan la macam mana perasaan nenek tym tu. Sabo je la. Kat belakang ade plak orang lain lagi yang nak masuk. Mereka turut menyaksikan tragedi tersebut.

Ce fikir. Ce fikir. Nenek rasa korang pon mesti tahu kan nape orang tiket dan pak cik tinggi beso macam bonzer tu minta MyCard nenek. Hukhuk~

Okey. Sekarang beralih pula ke segmen seterus nya. 

Ingat lagi entry nenek pasal journey to the east? Ade tragedi di sebalik nenek g tengok cite Kongsi kat Suria KLCC tu.

Mama kol. So jawap la panggilan mama. Kawan2 nenek yang beli tiket. Nenek kat belakang diorang.

Kawan Nenek: Kak, nak tengok cite Kongsi yang pukul monster 7.45 pm. Untuk 4 orang.
Pemjual Tiket: Okey. Ermmm~ Die ADULT ke?

Die tujukan kat nenek. Tym tu nenek tengah khusyuk bergayut dengan mama. Nenek jadi blurr bila kawan2 nenek tengok nenek bersama dengan penjual tiket tu skali.

Kawan2 nenek gelak sakan. Nenek makin la bertambah blurr.

Kawan Nenek: Haha! Kak, die tu dah tua. Dah 24 tahun.
Penjual Tiket: Owh~ ~ ~ (Pastu akak tu senyum)

Nasib baik masa nak masuk tu, orang yang ambik tiket tak tahan nenek. Urmmm~ Sabo je la. Kawan2 nenek gelak sakan kat nenek. Terhibur pula diorang.

Sabo je la.

Jangan nanti bila nenek g tengok wayang dengan Incik P. Ramlee orang kat panggung wayang tu kata,
@ adik awak ke?
@ adik awak adult ke?
@ nak tengok MyCard adik awak.

Sabo je la~

P/s:
Sesungguhnya nenek memang kecik. Dan sorang kawan baik nenek yang agak rapat yang diberi nama Mohd Alif panggil nenek, Kecik. Pastu terbiasa la nenek bahasakan diri dengan nama Kecik bila cakap dengan die.

24 May 2011

journey to the east

Assalamualaikum semua~

Pertama-tama nya SY tujukan ucapan terima qaseh kepada encik zippo dan cik zoey yang selalu ingat kan SY untuk update entry terbaru kat dalam blog ni.

Maaf ye~ Bukan tak nak post entry baru tapi nak cari masa susah la plak. Sebab bila dah balik rumah ni, buzy la plak tolong business mama. Ngeeee~

Dari hari tu nak cerita pasal ni. Tapi asyik tak berkesempatan je. Di tambah plak dengan ketidak kesihatan yang datang menjengah tanpa di undang. Sabo... je la. Nikmat dari Allah.

Journey to the east SY bermula dari west. Ape ka?

12hb Mei 2011

Setelah mengemas barang2 ke dalam kotak, nenek letak kat stor kolej kediaman dan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap kotak. Kotak nenek semuanya ade 7 kotak beserta 1 beg roda yang besar dalam berat average 15kg, baldi dan 1 beruang besar pemeluk. Abang keje kat pejabat kolej kediaman tu geleng kepala tengok barang2 nenek yang sebegitu banyak nya. Nenek sengih. Ngeee~

Patut nya kene letak DUA kotak je. Tapi nenek bantai dengan barang2 nenek dengan banyak nya sekali. Die tanya nenek nak balik mana dan kenapa barang nenek banyak sampi macam tu sekali. Nenek bagi tau la nenek nak balik Sabah. Huhu~ Tak kan nak bawak balik naik belon barang2 tu pas tu nanti balik semula sekolah bawak barang2 tu juga. Abang tu gelak. Pastu die bagi kelulusan. Weee~ Suke nye nenek.

Pukul monster 6.30 petang tunggu bas. Bas sampi depan UMP pukul dinasor pukul 7.00 petang.

 Ni nenek. Tengah keboringan. Naik bas Plusliner. Bas dua tingkat plak tu. Nenek hanya berdoa semoga perjalanan nenek selamat hendak Nya. Tak sabar nak sampai KL. Mula2 memang dah tido. Pas tu terjaga. Nak tido balik dah tak dapat dah~ Mata nenek degil. Huhu~

Nenek tak seorang. Nenek dengan kawan nenek, Ama. Die plak balik Sarawak. Die duduk belakang. Mentang2 la bas tak penuh kan. Suka suki je nenek buat bas tu macam bas nenek. Conquer sorang dua kerusi. Hoho~ 

Kat KL kami stay kat rumah makcik kepada Ama.

13hb Mei 2011

Nenek g jalan2 dengan Ama dan dua orang lagi kawan nenek Miya dan Lis. Diorang balik Sarawak. Diorang plak stay kat rumah makcik Miya sementara tunggu beberapa hari lagi flight balik Sarawak.

Ruhama, Norlista dan Amira

Haha! Nenek dengan diorang g tengok wayang kat Suria KLCC. Wayang ape? Haha! Tengok cite Kongsi.
Overall, cite ni best sebab lawak sangat2. Ni la nama nya MUKA LEGEND, ACTION LAWAK HATI KIUT. Nak tau pasal apa? Tengok la sendiri. Buat keje jahat semua confident siap dengan mimik muka sekali. Tapi action? Cite ni yang tahu macam mana cite ni. Lu' langsi, lu' mati!

14hb Mei 2011

Nenek tak g mana2. Duduk rumah. Sebab esok nya awal pagi sebelum subuh lagi nenek nak kene g KL Central. Naik Skybus ke LCCT. Flight nenek pukul monster 7.50 pagi.

15hb Mei 2011

Nenek bangun awal giler. Pukul dinasor 3.00 pagi. Bertolak ke KL central pukul pencurik 4.00 pagi. Sampai KL Central trus naik Skybus ke LCCT. Sampai LCCT tak silap nenek pukul tak tahu nak pukul ape lagi 5.45 pagi. Kaunter check in dah buka.

Nenek blurr. Check in guna Kiosk. Drop beg kat kaunter drop beg. Dah tuka system plak dah~ Baek la. Airport ni pagi2 buta lagi dah sesak. Aduyai~ ~ ~ Baris panjang. Benda nama Kiosk tu ade 4 buah je. Sabo... je la.

Nenek bersyukur sangat2 sebab luggage nenek tak seberat yang nenek bayang kan. 13kg cuma. Huhu~ Nenek dah cuak dah. Takut terlebih 15kg. Sebab hari tu nenek beli tiket dah bayar luggage RM25 untuk 15kg. Kalau terlebih, kena la nenek bayar RM15 untuk excess luggage.

Beg yang nenek bawa duduk dengan nenek beg lappy dengan 1 lagi beg pakaian yang tak la besar sangat. Tapi tak boleh lebih dari  7kg.

Nenek masuk balai berlepas pukul jam 6.55 pagi. Nasib baik sempat. Pukul 7.10 nenek nak kene masuk belon dah. Yea~

Tempat duduk nenek 24A. Horrreeeyyyy~ ~ ~ Nenek duduk tepi tingkap.
Nenek dalam belon. Ngeee~

Belon mula nak berlepas. Selamat tinggal Semenanjung. Panjang umur insya'Allah kite jumpa lagi.

Belon kini meluncur laju di atas awan.

Andai dapat ku gapai awan2 itu. Masya'Allah! Sungguh indah ciptaan Allah.

Setelah lama berada di langit laut china selatan, kini belon telah memasuki langin negeri di bawah bayu.

Siap sedia. Nenek bersedia kerana belon dah nak landing. Yea~ Hi2 Sabah~


Alamak! Pixa tak terang la plak. Ape2 pon, alhamdulillah nenek telah selamat sampai di Terminal 2 setelah terapung selama 2 jam 30 minit.

Abah, Mama, Bibi, Acip dan Mustaqim~ ~ ~ Memeng dah sampai.









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni: