teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

07 April 2011

PESAN bonda terpahat di HATI

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Cak!

Alhamdulillah! Bertemu lagi kite di little lady purplepink ni bersama saya, Sufinah Yussof @ gadis unggumerahjambu selama sejam berapa lama korang bersiar2 di sini.

Ye, setelah menempuh ke'busy'an yang agak membuat jantung ini vibrate berdegup dengan begitu rancak sekali, akhir nya ketika ini aku boleh menghela nafas lega seketika sebelum berangkat ke Gunung Arong, Johor pada hari jumaat. Esok la tu maksud nye kan. Bertolak pukul orang 8 malam. Balik hari ahad ye~ ~ ~

Alhamdulillah, aku telah menjalani test II untuk matapelajaran Process Control and Instrumentation (PCI) dan Chemical Reaction Engineering II (CRE II). Entry sebelum ni aku ade cakap aku ade group presentation kan hari rabu. Sambungan dari hari selasa. Pastu malam nya ade test. Bagi yang tak tahu boleh rujuk link ni
[AMARAN KERAS! LEBIH KERAS DARI BATU].


Hari selasa tu, balik je dari test II PCI aku dengan semangat juang yang tinggi menggunug nak tido awal la. Nak bangun awal. Nak stduy punya pasal. Sebab esok nya ade test II CRE II plak lagi. Tengah siap2 nak tido tiba2 Mak Nana (Roommate aku. Anak buah dia panggil macam tu. Jadi kami pon ikut juga. 
Hehe~ ~bagitau kat aku yang esok petang nye tu aku ade test bertulis Trekking. Die cakap die baru je buka UMP-memo kat STD. 
Wawawa~ Macam mana nie~ ~ ~ Nak baca nota Trekking lagi. Nak study CRE II lagi.

Pagi tu, fuh! Nasib beik kelas matapelajaran Gas Storage and Reticulation batal. Presentation pon batal la. Hehe~ Aku pon dengan senang hati dapat la study sket untuk Trekking. Alhamdulillah. Semua nya berjalan lancar. Walaupon test aku malam tu agak kelam kabut.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah~ ~ ~ 

 Dalam terkial2 nak study takut tak sempat, beribadah kepada NYA tetap tidak di lupa. Mama selalu pesan, kalau kite ingat Allah di kala suka atau duka, Insya'Allah Allah akan ingat kita time kite susah atau senang. Kalau di uji lebih2 lagi ujian yang berat, jangan salah kan takdir dan mengalah. Allah tahu tahap kemampuan hamba2 nya. Dia berikan ujian sesuai kekuatan kite.

Mama pesan lagi, Allah menguji hambanya bukan untuk saja2 atau Allah benci kepada kite. Tapi semua itu sebab Allah sayang kite. Allah rindu kite. 

Allah sayang kite melalui ujian yang Dia berikan. Bila kite berdoa dan beribadah kepada Dia, membuat kite sedar tentang kealpaan kite. Allah tidak mahu kite terus lalai.

Allah rindu kite melalui ujian yang Die berikan. Allah rindu suara kite memuji2 nama Nya. Allah rindu suara kite meminta pada Nya. Allah rindu suara kite mengadu pada Nya. Allah rindu suara kite yang mengalunkan ayat2 dari kitab Nya. Allah tercari2 kite. Dengan ujian yang Dia berikan, Die tahu kite akan cari Die semula.

Sesungguhnya cinta Allah itu terlalu indah untuk dibayangkan~ ~ ~

Insya'Allah, semoga kite tergolong dalam insan2 yang selalu mengingati Nya. Amin~ ~ ~

Owh, ye! Minggu depan ade satu lagi test II  dan group presentation yang tak habis2 lagi untuk Gas Storage and Reticulation.

Dah masuk hari khamis dah pon kan. Petang nanti ade WORLD HEALTH DAY CELEBRATION. Sempena dengan celebration tu, Pejabat Antarabangsa UMP dengan kerjasama Pusat Sukan UMP buat program Aerobic Exercise Session. Start pukul penyamun 5.30 petang selama satu jam bertempat kat kompleks sukan UMP. Kepada warga cekolah UMP yang baca entry aku ni, moh le kite g senamrobik ni.
Seronok~ ~ ~ BetulSeronok , betulseronok , betul seronok . Slalu aku g hari petang rabu. Tapi petang semalam takde sebab nak buat hari ni sempena world health day celebration ni. Hah! Ade satu lagi, ade cenderahati kepada 200 warga UMP yang turut serta. 

Senamrobik tym hari rabu

Tiga kaki senamrobik tiap2 petang hari rabu sebelum g pasa malam UMP.
Dua kaki dari nya adalah kaki gym tiap2 hari selasa dan khamis.

Ape tunggu lagi. Moh la kite g rumah kak limah kompleks sukan UMP. Kite bako! Kite bako! Kite bako je rumah kak limah tu lemak! Demi kesihatan jantung sedunia.
Owh~ ~ ~ Soley, soley~ ~ ~(Solo). Soley, ley, ley~ ~ ~(Semua)



Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

05 April 2011

AMARAN KERAS! LEBIH KERAS DARI BATU.

Assalamualaikum semua~ ~ ~


INI ADALAH AMARAN KERAS! LEBIH KERAS DARI BATU!

(Ape kes la ni. Awal entry dah marah2. Cube senyum. Senyum itukan salah satu cara kite bersedekah. Malah boleh dapat pahala.) Baek incik blog~ ~ ~ Aku senyum sekarang.

^__________^

(Tu dia. Lebar nyew nye senyum. Okey. Sambung la cite tadi tu.) Okey2. Sebenarnya bukan nak bagi amaran. Tapi nak pesan cuma. (La~ ~ ~ Ape la. Wat suspen je la. Sukew suke sangat macam tu. Haish!) Ala~ ~ ~ Incik blog~ ~ ~ Jangan la marah. I just wanna make suprise. Jangan marah k. Nanti, malam karang balik dari test aku belanje ko mam eskim k. K k k? (Okey~ ~ ~)

Hari ni dengan esok aku ade group presentation kat cekolah. Matapelajaran Gas Storage and Reticulation. Tapi naseb beik group aku present esok. Dapat la aku nak concentrate untuk test II malam ni. Tapi esok malam aku ade test lagi. Siang tu sambung presentation yang tadi la plak.

Malam ni test II untuk matapelajaran Process Control and Instrumentation. Esok malam test II untuk Chemical Reaction Engineering II. Esok siang group presentation. Insya'Allah hujung minggu ni g camping untuk ko-q Trekking kat Gunung Arung, Johor. G hari jumaat ni. Balik hari ahad. Lupe nak bagitau, semester ni aku ambik ko-q. Tua2 macam ni baru nenek nak ambik ko-q. Ish, ish, ish~ ~ ~ 
Pas tu hari selasa ade test II Gas Storage and Reticulation plak. Adoi~ ~ ~ 

Urmmm... Macam mana ni~ ~ ~ 
Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Amin~ ~ ~ Abah dan mama, doakan kejayaan Memeng k.

Sepanjang ke'busy'an atau ketiadaan patik,
kepada yang tinggalkan tapak kaki kat tepi blog aku ni dan yang follow aku, insya'Allah kalau ada masa terluang aku akan jejaki tapak kaki korang dan follow balik k. Entry baru pon kurang juga kot.

Kepada cemua yang bersiar2 dan berjalan2 sambil menghirup udara segar mahupun yang berjoging kat blog aku yang tak seberapa ni aku ucapkan terima qaseh.


P/S: Doakan tuan teratak ni dalam perjuangan nyew nye k. Time qaseh. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas nya. Nanti korang mesti rindu gadis unggumerahjambu ni kan. Aku tau~ ~ ~ (Sambil letak tangan ke dada dan pandang ke atas.) Hehe~ Jangan marah~ Aku kan suke bergurau senda. Mudah mudahan dapat mengeratkan silaturahim antara kitew kite semua. Insya'Allah. Rasa dah macam ustazah la plak aku ni. Ngeee~ ~ ~





Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni: