teratak sufie

I'm not short. My height is just cute. I'm not special, I'm just limited edition. Small girl with a big heart. I adore purple as much as I love pink.

Why me?

ring ding dong, ring ding dong, ring digiding digiding, ding ding
Jemput-jemput. Jemput masuk.

08 May 2011

Kekasih kesayangan Bonda

Assalamualaikum semua~ ~ ~

Kali ni aku nak kongsikan luahan rasa hati aku dengan korang. Luahan rasa buat kekasih hati aku.....
.
.
.
Mama ^ ^
.
.
.
Kehadapan Mama yang sentiasa mekar dihati anak Mama,
Semoga sihat dibawah lindungan Allah sentiasa,
Ni kali pertama anak Mama menulis untuk Mama dalam blog,
Mama tau sebab apa?
Sebab Mama ^ ^

Mama tahu kan anak Mama yang satu ni bukan insan seni macam Mama,
Anak Mama yang satu ni budak Chemical Engineering,
Mass, component dan energy balance dunia anak Mama,
Tapi dengan Mama, sekarang anak Mama tahu sastera dan madah pujangga.

Mama ingat tak lagi masa anak Mama sakit teruk dulu,
Mama jaga anak Mama dengan tekun,
Berbulan-bulan anak Mama sakit,
Mama sentiasa ada disisi sebab nak pastikan anak Mama okey,
Mama doktor anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama ingat tak lagi saat anak Mama terjatuh dalam perjalanan menuju cita2,
Mama beri kata2 semangat dengan tenang walaupun perkara itu agak mengejutkan Mama,
Mungkin juga agak membuat Mama hendak pengsan sebab anak Mama anak sulung,
Mama selalu ada menasihati sebab nak pastikan anak Mama bermotivasi,
Mama pakar motivasi anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Anak Mama suka bila Mama bercakap,
Penuh motivasi dan inspirasi,
Bila anak Mama lemah,
Anak Mama pasti akan cari Mama,
Sebab hanya mendengar suara Mama sudah cukup untuk membangkitkan semangat anak Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama banyak bercakap tentang kehidupan ini,
Mama juga banyak bercakap mengenai kehidupan di dunia yang satu lagi,
Nasihat Mama sentiasa terpahat dihati ini,
Anak Mama tahu,
Doa Mama sentiasa mengiringi perjalanan kami untuk kebahagiaan  dunia dan akhirat,
Terima Qaseh Mama.

Melahirkan kami bukan sesuatu yang mudah,
Mama bertarung dengan nyawa,
Mama bertarung dengan maut,
Anak Mama masih ingat kata2 Mama,
Saat Mama melahirkan kami,
Hati kecil Mama berkata,
Mama redha andai saat itu nyawa Mama diambil demi menyelamatkan nyawa yang ingin dilahirkan,
Terima Qaseh Mama.

Anak Mama masih ingat,
Dulu time kecil,
Anak Mama selalu minta upah bila Mama suruh apa2,
Mama tak pernah kata tidak,
Tapi Mama tak pernah minta upah atas segala apa yang Mama bagi,
Semuanya percuma,
Mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan macam2 lagi,
Walau berjuta ucapan terima Qaseh atau wang emas pun tak mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan Mama,
Terima Qaseh Mama.

Mama,
Anak Mama rindukan hangatnya pelukan Mama,
Anak Mama rindukan eratnya pelukan Mama,
Anak Mama rindukan manisnya kucupan mesra Mama,
Anak Mama rindukan Mama,

Tuhan,
Terima Qaseh kerana aku dikurniakan seorang insan,
Bergelar Mama bernama Nurjinah Bt. Mokhtar,
Isteri kepada Yussof B. Uji,
Mama kepada tiga orang anak yang kini semakin meningkat dewasa,
Terima Qaseh ya Allah.

Mama,
Anak Mama minta maaf atas segala kesalahan yang pernah anak Mama lakukan,
Mama,
Anak Mama sekarang ni dah besar,
Begitu juga dengan adik2,
Tahniah Mama,
Mama bentuk kami mengikut acuan yang diredhai Allah.

Mama,
Mama anugerah Allah yang tiada tandingan,
Cinta Mama buat kami tiada penghujungnya,
Begitu juga dengan kami.

Anak Mama selalu berdoa pada Allah. Jika ajal dan maut memisahkan kita, kita akan dipertemukan lagi di Jannah kelak, insya'Allah. Anak Mama sayangkan Mama. Mama always be the one and only. Never be replaced. HAPPY MOTHER'S DAY, MAMA~


Mama, anak Mama balik 15hb ni. Flight dari LCCT pukul 7.50 am. (Bersorak sambil menjadi pom2 girl) Umur dah __. Tapi perangai masih macam kanak2 rebina. But don't worry Mama. Anak Mama be professional and jadi rebina hanya pada keadaan, masa dan tempat yang tertentu yang dibenarkan sahaja. Ngeee~ \ ^ ^ /









Terima Qaseh atas klik yang korang sumbang kan pada pixa ni:

01 May 2011

Merajuk kerana P. Ramlee

Assalamualaikum semua~

Kali ni aku nak cite pasal salah seorang kazen aku. Nama die Faiza Elai. Dulu panggil die adik, pas tu bila die dah ada adik lelaki, trus ubah panggil die angah.

Tahun ni die darjah 1. Cite kegemaran die ialah cite2 yang dibintangi oleh P. Ramlee. Die tinggal kat Melaka. Kalau cuti mid sem, aku g la rumah die.

Angah: Kak Memeng teman kite tengok cite P. Ramlee malam ni k. Tengok kat TV2.
Aku: Hah! Tak nak la. Kak Memeng nak tdo la. Malas la tengok cite P. Ramlee.
(Sebenar nye aku ok je kalau nak teman die. Tapi aku saje je nak sakat die. Haha! Jahat nye aku.)
Angah: Ala Kak Memeng ni! Teman la kite tengok. Along bukan nye nak teman kita. Kite takut. Kak Memeng~ ~ ~ (Merengek2 kat aku)
Aku: Tak nak~ ~ ~ (Aku pon ikut merengek macam die. Haha!)
Angah: Alahai! Kak Memeng ni. Tak nak kawan Kak Memeng.
(Aik! Tak nak kawan plak dah. Macam2 Angah ni. Dibuatnye aku ni macam sama level umur dengan die la plak. Haha!)
Aku: Haha! Yelah2. Kak Memeng teman kan. Kak Memeng gurau je pon~ ~ ~

Memang hobi die la tengok cite P. Ramlee ni. Padahal dah banyak kali tengok. Tak cukup kat dalam TV, Pakcik aku, merangkap ayah die, banyak belikan DVD cite P. Ramlee yang macam2. Kalau rosak die minta beli baru lagi. Tengok la tu. Minat sangat dengan P. Ramlee.

Ade malam tu. Sampai nangis dan merajuk kat ruang tamu. Takde orang nak teman kan die tengok cite P. Ramlee. Time tu aku dah memang tdo. Lepas dari tu, die minta teman dengan aku kalau aku ade. Kalau die minta dengan Along, macam2 syarat la Along minta. Angah pon ye je, janji ade teman tengok pelakon kesayangan die berlakon.

Tada~ ~ ~
Jangan tersilap okey~ ~ ~
Sebelah kiri ialah pixa P. Ramlee time muda2. Haha! Takde la. Sebelah kiri tu pixa P. Ramlee zaman sekarang. Pixa kanan baru la original Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Yang sebelah kiri tu ialah... No komen. Haha!

Kawan2 die panggil die P. Ramlee. Siap family aku pon panggil die P. Ramlee. Kalau nyanyi, memang ade suara P. Ramlee. Die nyanyi memang sedap. Asal beliau adelah Bachok, Qlate.

Ape pon, filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Masih ditayangkan dikaca TV hingga ke hari ini. Budak2 kecik pon kenal siapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan tahu cite2 beliau.

Al-fatihah buat beliau. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin~